suria

Isteri ‘support’ RM1,000 sebulan tak cukup, bingung suami paksa tambah lagi kuota anak asuhan - “Dia hanya fikir duit”

Ramai suri rumah mengambil upah mengasuh kanak-kanak untuk menambah pendapatan. -Gambar hiasan

MENYEDARI keperluan ekonomi begitu menekan pada ketika ini, kebanyakan wanita mengambil keputusan untuk bekerja bagi mencari pendapatan sampingan dan dalam masa yang sama membantu suami masing-masing.

Tidak terkecuali, golongan suri rumah yang turut sama menjana pendapatan dengan melakukan kerja seperti berniaga dari rumah, menjaga kanak-kanak, mengambil upah mengemas dan sebagainya.

Begitu juga dengan seorang wanita muda ini yang mengambil upah mengasuh bayi kerana berniat mahu membantu suaminya yang merupakan pekerja di sebuah kilang.

"Selepas bersalin, saya hanyalah suri rumah... suami sahaja bekerja. Saya seorang pengasuh dan niat saya cuma nak tolong suami apabila duit tak cukup hujung bulan.

"Sekarang saya jaga tiga orang budak masing-masing berumur tiga bulan dan dua tahun lebih (adik beradik) dan seorang lagi bayi tujuh bulan," kongsinya.

ANAK 1

Tugas menjaga kanak-kanak sememangnya mencabar lebih-lebih lagi bagi yang masih kecil. -Gambar hiasan

Tambah wanita berusia 23 tahun ini, dia mengakui tugas sebagai seorang pengasuh bayi sangat mencabar fizikal dan mental lebih-lebih lagi ketiga-tiga anak asuhannya masih kecil.

Namun apa yang menambah kekusutan fikirannya ketika ini adalah apabila suaminya mengusulkan supaya dia membantu mengasuh seorang anak rakannya yang juga bekerja di kilangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya tak pernah hulur, baju kena beli sendiri! Wanita terasa hati dapat suami kedekut, cemburu tengok pasangan lain pamer bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga

"Kawan kilang dia (suami) mencari pengasuh. Suami beritahu saya dan minta saya jaga untuk tambah pendapatan. Masalahnya saya (jaga) tiga orang dan seorang anak sendiri pun tak menang tangan.

"Stres yang seorang anak asuhan, budaknya high demand... kuat menangis.

"Saya beritahu suami yang saya tak nak ambil anak asuhan lain sebab penat, lagipun mereka kecil lagi. Kalau boleh biarlah mereka 'dapat kaki', mudah sikit kerja kita sebagai pengasuh," ceritanya.

Cari kerja, anak tinggal dekat pengasuh. Jaga baby lagi stres. Cari kerja dapat tengok dunia luar.

NETIZEN

Bagaimanapun ujar wanita tersebut, respons daripada si suami amat mengejutkan.

"Suami cakap 'ingat orang dah offer, boleh tambah pendapatan. Ini fikir penat je, memang tak ke mana la pendapatannya'.

"Saya stres apabila suami tak faham situasi saya. Yang dia fikir hanya duit. Nak kata gajinya sikit, Alhamdulillah cukup-cukup makan.

"Tak faham apabila suami paksa suruh tambah anak asuhan. Saya jaga tiga orang bolehlah dapat dalam RM1,000 lebih. Boleh topup sikit lauk, susu anak, lampin apabila duit suami habis.

"Rasa diri ini tak dihargai langsung. Apabila saya teringin nak makan itu ini, dia kata bazir... dapat gaji mengasuh saya beli yang saya teringin nak makan. Padahal saya beli dua, tak pernah lupa dia," kongsinya.

KOMEN ANAK

Sebahagian daripada komen netizen.

Perkongsian yang dimuat naik dalam laman Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang perhatian warga maya.

Rata-ratanya menyuarakan rasa simpati terhadap wanita tersebut malah menyokong pendiriannya untuk tidak menambah anak asuhan.

"Tetapkan keputusan puan untuk tidak tambah anak asuhan lagi. Jangan ambil risiko. Tahap kemampuan badan kita, kita tahu hadnya.

"Saya rasa nak maki je suami sis tu. Tegaslah dik. Kesihatan mental pun penting. Mengasuh bukan mudah ye.

"Muda lagi dik. Cari kerja, anak tinggal dekat pengasuh. Jaga baby lagi stres. Cari kerja dapat tengok dunia luar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain