NAMPAKNYA semakin ramai yang selesa menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai ketika berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Transaksi tanpa tunai itu bukan sahaja memudahkan urusan jual beli antara peniaga dan pelanggan, malah mengelakkan berlakunya kejadian jenayah sekiranya pengunjung bazar membawa wang tunai yang banyak. Kemungkinan wujud individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mencuri dan menyeluk saku dalam kesesakan orang ramai di bazar Ramadan. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. -Gambar hiasan Dalam kemudahan pembayaran menggunakan sistem tanpa tunai melalui kaedah imbasan kod QR itu, seorang pengunjung berkongsi pengalamannya ketika membeli makanan di sebuah gerai. "Sejak dekat bazar Ramadan boleh guna kod QR ni, kadang-kadang tak sengaja ternampak baki akaun bank orang. ARTIKEL BERKAITAN: Gerai warga emas lengang, orang singgah tapi tak jadi beli... Pemuda dapat jawapan lepas curi dengar perbualan ARTIKEL BERKAITAN: Baru buka kedai, peniaga menangis kutip semua pastri jatuh atas tanah! Pelanggan cuba tenangkan, diam-diam scan kod QR "Contohnya pakcik depan aku tadi, dalam akaun simpanan dia ada RM200,000. Mungkin dialah penasihat kewangan yang dicari," katanya di laman X. Kebanyakan gerai menyediakan pembayaran tanpa tunai. -Gambar hiasan Menerusi ruangan ciapan balas, netizen terkejut dengan perkongsian kisah pengunjung bazar Ramadan yang dikenali sebagai Aliff, sehingga mencetuskan tanda-tanya. "Itu baru akaun simpanan. Akaun lain ada berapa la agaknya? "Apa rasanya pergi bazar Ramadan ada RM200,000 dalam akaun bank? Ada RM50 pun aku belanja sakan. Doakan keselamatan pakcik tu... harap dia lebih berhati-hati di lain kali? NETIZEN "Kalau saya yang tertengok tu saya akan murung kejap," demikian antara komen netizen. Malah, terdapat netizen yang sukar mempercayai cerita Aliff dengan mengandaikan dia tersilap tengok baki akaun yang terpapar di skrin telefon pakcik berkenaan. "Atau pun RM200.00 tapi sebab kau dah lapar sangat, panas silau lagi," katanya. Pembayaran menerusi kod QR memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan Aliff bagaimanapun menafikannya dengan menegaskan bahawa apa yang diceritakannya adalah benar sebagaimana yang disaksikan dengan matanya sendiri. "Aku pasti aku nampak RM200,000 tadi," ujarnya. Pada masa sama, segelintir netizen turut mendoakan keselamatan pakcik tersebut kerana dengan tertera jumlah akaun simpanan sebanyak itu meletakkan dia dalam bahaya. "Doakan keselamatan pakcik tu. Harap dia lebih berhati-hati di lain kali," kata seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube