suria

Terkejut air Zapple ‘sold out’, pekerja pasar raya minta Khairul Aming bagi senarai barang awal! Perlu masa nak sedia stok runcit

Pempengaruh dunia masakan ini mempunyai ramai pengikut di platform media sosial.

PEMPENGARUH masakan, Khairul Aming sememangnya terkenal dengan segmen 30 Hari 30 Resepi di media sosial pada bulan Ramadan.

Menerusi segmen ini, Khairul Aming berkongsikan menu masakan untuk berbuka mahupun bersahur yang mudah diikuti penonton dan dijamin lazat.

Namun tanpa disedari ramai, segmen Khairul Aming yang dilancarkan sejak enam tahun lalu ini ternyata mempunyai impak meluas terhadap pasaran runcit tempatan.

Resepi popia karbonara yang dikongsikan Khairul Aming.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang pekerja pasar raya mendedahkan bagaimana rak barangan dapur di tempatnya licin 'disapu' pembeli kerana penangan Khairul Aming.

Menurutnya, setiap episod yang dikeluarkan Khairul Aming akan membawa penonton berpusu-pusu datang mencari bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan tersebut.

"Saya merayu kepada Khairul Aming, tolong keluarkan senarai bahan sehari sebelum terbitkan video resepi, supaya sempat peniaga nak sediakan stok barang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajar orang bancuh air manis, masak macam-macam... Tapi rupanya Khairul Aming tengah diet, nak kurus menjelang Aidilfitri!

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming puji masakan kedai nasi berlauk di KB... Netizen pesan pemilik siap sedia, ramai nak serbu

"Juga dapat memudahkan penonton beli barangan lebih awal. Cadangan ini datang tulus ikhlas daripada pekerja kedai runcit yang tersakiti," ujar pekerja itu.

Sementara itu, warga maya lain turut mengakui tentang pengaruh besar yang menyelubungi nama Khairul Aming.

"Khairul Aming ni bukan sekadar pencipta kandungan sahaja dah, dia buat apa je semua orang akan ikut.

Mungkin peruncit boleh buat paket khas resepi Khairul Aming setiap hari, dalam tu dah lengkap semua ramuan.

WARGA MAYA

"Semalam aku pergi singgah satu pasar raya ni, waktu aku tengah duduk memilih barang tu, dua hingga tiga kali juga aku duduk dengar orang sebut nama Khairul Aming.

"Ini memang 'gila' aku rasakan. Boleh cakap hampir satu Malaysia ikut perkembangan Khairul Aming. Dia boleh dikatakan penggerak ekonomi dalam skali kecil.

"Dia sebut je nama bahan tu dan esoknya orang akan cari untuk beli. Itu adalah satu bentuk kuasa dalam pasaran yang sebenarnya ramai tak sedar. Khairul Aming boleh kawal ekonomi runcit Malaysia," kata warga maya kagum.

Warga maya mengakui kehebatan Khairul Aming.

Selain itu, tidak kurang juga warga maya yang mencadangkan agar Khairul Aming meletakkan 'beg kuning' untuk mendapatkan keuntungan berganda.

"Kalau Khairul Aming buat online jual barangan runcit, bergandingan dengan resepi dia, fuh masyuk! Betul, semalam aku pergi mall pun nampak troli masing-masing ada je soya dengan teh bunga untuk resepi dia.

"Satu idea yang aku rasa boleh pertimbangkan, mungkin peruncit boleh buat paket khas untuk resepi Khairul Aming setiap hari, dalam tu dah lengkap semua ramuan.

"Mesti laku 'keras'," ujar beberapa pelayar memberi cadangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain