suria

"Menantu saya tak pandai mengandung" - Stres mentua mulut jahat, wanita buat ujian kesuburan... Suami yang ada masalah!

Kebanyakan wanita ingin memiliki zuriat sendiri.- Gambar hiasan The Star

PASANGAN suami isteri yang mengimpikan zuriat pasti sanggup melakukan apa sahaja rawatan alternatif sama ada melalui kaedah moden mahupun tradisional.

Perkara sama dilakukan wanita ini yang tidak pernah hamil meskipun perkahwinannya mencecah usia empat tahun.

Enggan mendedahkan identiti, ujarnya, rawatan tersebut bukanlah disebabkan dia tidak sabar menimang cahaya mata, sebaliknya tidak tahan dengan kata-kata sindiran ibu mentuanya.

Memulakan cerita, katanya, dia telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun enam bulan.

Rawatan kesuburan dilakukan bagi mengetahui status kesihatan suami isteri. -Gambar hiasan The Star

Rawatan kesuburan dilakukan bagi mengetahui status kesihatan suami isteri. -Gambar hiasan The Star

“Sepanjang perkahwinan kami, saya yang asyik dipersalahkan kerana belum mempunyai zuriat... tapi suami sentiasa ada dan dialah yang selalu tolong jawabkan apabila orang bertanya,” ujarnya di laman Facebook.

Bagaimanapun, apa yang lebih menyedihkan apabila ibu mentuanya menjadi antara individu yang gemar bertanya tentang zuriat.

Bukan itu sahaja, dia pernah disindir oleh wanita berkenaan di hadapan sanak saudara yang lain sehingga menimbulkan tekanan emosi.

“Paling saya tak dapat lupakan, mak mentua saya pernah mengeluarkan kata-kata depan saudara maranya 'menantu saya yang sorang ni tak pandai mengandung'.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami fikir panjang, tak terima bulat-bulat restu isteri suruh poligami - “Perempuan lain pun belum tentu boleh dapat anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tanpa zuriat kecil hati tauke kedai tanya tentang anak, rupanya senasib malah lebih teruk diuji

“Dia cakap tu sambil tepuk paha saya. Lepas dengar kata-kata tu saya pura-pura cuci pinggan sambil menangis,” imbaunya sayu.

Mengakui sedikit tertekan dengan sikap mentua dan setiap pertanyaan yang diterima, dia dan suami sepakat untuk membuat ujian kesuburan.

Bersyukur dirinya disahkan normal dan subur, dia sekali lagi mengalami dilema apabila suaminya didapati menghidap azoospermia.

“Baru-baru ni saya dan suami pergi buat ujian kesuburan. Melalui keputusan hormon saya, semuanya normal tapi sedihnya untuk keputusan suami.

Saya pernah ada dekat situasi sis, tapi suami saya sperma abnormal jadi mentua saya cakap saya yang tak boleh hamil... lepas buat test yang masalah tu anak dia.

WARGA MAYA

“Suami saya azoospermia iaitu air mani yang tidak mempunyai kandungan sperma,” luahnya lagi.

Meskipun sedih dengan keputusan tersebut, namun dia dan suami tidak berputus asa kerana doktor memaklumkan terdapat kaedah lain yang dapat dilakukan untuk membolehkannya hamil.

Malah kata wanita ini, suaminya akan melakukan ultrasound testis supaya langkah seterusnya dapat dilakukan.

“Isnin minggu depan suami akan teruskan untuk ultrasound testis.

“Saya ada buat research untuk pasangan yang ada masalah azoospermia... ada satu cara untuk mengandung iaitu IVF (rawatan persenyawaan in vitro),” tambahnya lagi.

Selain memberi kata-kata positif, warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Selain memberi kata-kata positif, warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warga maya.

Selain memberikan kata-kata semangat, segelintirnya turut berkongsi pengalaman berjaya hamil meskipun suami mengalami masalah berkaitan sperma.

“Ya Allah nasib lebih kurang sama macam kakak ipar saya... sedih rasa semakin lama dihina oleh mereka yang tiada hati perasaan. Tapi Alhamdulilah lepas berubat, usaha sekarang dah ada dua orang cahaya mata.

Sis suami saya pun azoospermia. Doktor memang cakap tak ada sperma yang normal dan kena buat IVF... dua bulan sebelum tu suami makan Q10, bio zinc, vitamin C dan telur separuh masak dua hari sekali, Alhamdulillah sperma tu dah ada dan normal.

“Jahat mulut mak mentua tu, dia tak tahu ke anak dia yang bermasalah.

“Saya pernah ada dekat situasi sis, tapi suami saya sperma abnormal jadi mentua saya cakap saya yang tak boleh hamil... lepas buat test yang masalah tu anak dia,“ ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain