suria

Pemuda minta jemaah bukan kariah faham ‘budaya’ masjid... Jangan menonong masuk, saf depan khas untuk orang tertentu

PU Amin memberi teguran susulan isu 'cop tempat' dalam masjid. -Gambar hiasan (kiri)

TIBANYA bulan Ramadan, dapat kita lihat surau dan masjid meriah dengan kehadiran jemaah yang tidak mahu terlepas menunaikan solat tarawih.

Bagaimanapun baru-baru ini tular di media sosial pandangan seorang lelaki terhadap jemaah luar kariah yang solat di saf pertama atau paling hadapan di masjid yang dikunjungi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, dia memberikan pesanan berbentuk teguran kepada jemaah asing yang bertindak meluru masuk menutup kelompongan saf hadapan sebelum solat secara berjemaah dimulakan.

Meluruskan dan merapatkan saf termasuk dalam salah satu kesempurnaan solat. -Gambar hiasan

Hantaran tersebut dipercayai dibuat untuk golongan yang suka bertukar-tukar masjid, bukan terdiri daripada penduduk sekitar.

"Memo istimewa untuk kawan-kawan yang 'kaki solat' tarawih setiap malam dekat masjid berlainan (masjid hoppers). Duduk saf pertama memang sebaik-baik tempat dalam masjid atau surau.

"Tapi awak kena ingat, itu bukan masjid (hak milik) awak. Awak tak tahu budaya dan amalan dekat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau spot (tempat) kosong je, awak terus nak celapak duduk dekat saf pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik baju biru alami demam, muntah-muntah lepas jatuh terlentang... Tak ambil hati kanak-kanak alih kerusi waktu solat

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah ‘samseng’ tolak budak sampai telentang dalam masjid, marah sebab tak khusyuk... Netizen bengang, nak cari sampai jumpa!

"Mungkin saf pertama tu, walaupun awak nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya," ujar lelaki tersebut dalam hantaran yang tular.

Tegas individu tersebut lagi, jemaah luar perlu menghormati adat serta 'budaya' masjid yang dikunjungi dan tidak berbuat sesuka hati.

Turut dijelaskan dalam hantaran itu, tiga tempat di barisan pertama tersebut dikhaskan untuk orang-orang penting seperti penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas sahaja.

Justeru, bagi geolongan 'masjid hoppers' dia berpandangan, mereka perlu berada di saf kedua dan seterusnya sebelum malu ditegur.

Masjid ni rumah Allah, bukan hak kita. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

PU AZMAN

"Jadi awak jangan sewenang-wenangnya pergi dan duduk dekat situ! Malu je nanti kena halau secara halus. Bang, maaf, ni imam 3 punya tempat. Tempat yang nampak kosong tu sebenarnya sudah ada penghuninya.

"Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampung tu. Dia tu memang sudah duduk tempat tu tiap waktu solat fardu, solat Jumaat, solat Hari Raya, segala solat. Cuma masa tu dia pergi tandas ke, minum ke.

"Jadi sebagai pendatang atau orang dagang, awak pergi la duduk dekat saf kedua atau saf-saf lain. Seperti kata (pepatah) orang-orang dulu, anak dagang di rantau orang, pandai-pandai membawa diri," jelasnya.

Selepas hantaran dibuat ini dibuat, ramai netizen memberikan pandangan berbeza dan nampaknya ramai tidak bersetuju dengan pandangan dibuat individu tersebut.

Ulasan PU Amin berikutan isu yang tular.

Sementara itu, pendakwah selebriti, Pencetus Ummah Amirul Amin atau PU Amin terpanggil untuk mengulas isu berkenaan 'cop tempat' di dalam masjid.

“Tiada istilah ‘cop tempat’ dalam saf masjid, saya juga selalu diletakkan di port VIP masjid surau, tapi kalau port kita orang dah ambil, saya akan cari tempat lain. Mudah!

“Masjid ni rumah Allah, bukan hak kita. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa,” katanya dalam satu ciapan di X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain