suria

Penjual martabak ‘legend’ melenting dapat riviu buruk... Tak suka pelanggan tegur banyak rasa telur berbanding daging

Martabak merupakan juadah popular di bazar Ramadan. -Gambar hiasan The Star

TEGURAN membina diperlukan dalam setiap perniagaan untuk penambahbaikan di masa akan datang.

Namun, lain pula kisahnya untuk wanita ini apabila dia menjadi sasaran netizen selepas menulis ulasan bagi sebuah gerai martabak di bazar Ramadan sekitar Arau, Perlis.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita berkenaan memberikan reviu secara jujur mengenai martabak daging daripada gerai terbabit, yang pada deria rasanya mempunyai beberapa kekurangan.

Ramuan martabak antaranya terdiri daripada telur, garam dan tepung. -Gambar hiasan

Kritikan yang dikongsikan wanita itu dilihat tidak diterima dengan baik, malah dakwanya dia juga 'diserang' pemilik kedai yang meminta video tersebut diturunkan.

"Saya bagi tujuh per 10 untuk martabak tu, tidaklah teruk sangat. Boleh makan, cuma masih ada ruang untuk ditambah baik. Pertama sekali, saya rasa martabak tu terlebih manis. Mungkin cuma jadi macam tu pada hari yang saya beli.

"Sebagai makluman, dah dua kali saya datang gerai sama. Seterusnya, harga martabak tu agak mahal pada pendapat saya, RM6. Dalam martabak tu hanya ada beberapa ketul daging je, saya boleh kira ada dua hingga tiga macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tak ibadat, bisnes kencang bazar Ramadan jatuh merudum! Suami isteri malu, baru sekali baca al-Quran Allah beri semula nikmat

ARTIKEL BERKAITAN: Jual makanan, terjual sekali pelaris? Wanita pelik martabak beli di bazar tak boleh potong, rupanya ada ‘inti’ kain buruk

"Keseluruhannya martabak ni rasa lebih banyak ke arah telur berbanding daging," ujar wanita itu mencoretkan ulasannya.

Dek imej yang tecalar, pemilik gerai tersebut enggan berpeluk tubuh dan langsung berdepan dengan wanita itu di ruangan direct message (DM) platform TikTok.

"Cara cik reviu tak profesional, sepatutnya cik boleh pergi ke gerai untuk terangkan secara terus. Bukannya ambil gambar gerai kami dan letakkan di TikTok tanpa kebenaran.

Saya cuma tumpukan kepada martabak yang dijual, berikan ulasan supaya kamu boleh improve makanan tu.

PEMBELI

"Dengan harga RM6 kami jual, berapa banyak daging yang cik nak dalam martabak tu? Kena ambil kira juga kos bahan mentah sekarang ni.

"Gerai martabak saya ni dah berniaga lebih daripada 20 tahun, tak pernah dapat reviu buruk macam ni. Kalau ada kekurangan, boleh berjumpa saya untuk pulangan duit," ujar pemilik gerai berkenaan.

Tidak cukup setakat itu, wanita tersebut juga diserang oleh beberapa pengikut media sosial gerai martabak terbabit

"Kalau kau nak murah, semua sedap, isi banyak martabak tu, boleh pergi masak sendiri dekat rumah. Bebal la kau ni, jangan menyemak kacau orang berniaga cari rezeki dekat bazar.

Menjual makanan secara ala kadar merupakan satu penganiayaan kepada mereka yang berpuasa. -Gambar hiasan The Star

"Menyusahkan, tiada siapa pun suruh kau buat reviu tu. Puasa tu biar elok-elok bulan mulia ni, jangan buat kerja macam ni," kata seorang individu yang nekad menyokong gerai martabak tersebut.

Terkesima dengan 'serangan' yang bertali arus, wanita terbabit memberikan hujah panjang lebar mengenai reviu yang diberikannya.

"Tak mengapalah, saya delete video tu memandangkan kita semua dah bergaduh besar macam ni. Pada saya, tak salah ulasan yang saya tulis tu. Sepatutnya pemilik gerai boleh terima kekurangan yang saya beritahu dengan hati terbuka.

"Saya tahu kos bahan mentah mahal, tapi tidaklah sampai letak tiga ketul daging cincang sebesar jari kelingking dalam dua martabak yang saya beli. Satu lagi memang adat untuk berikan reviu di intenet, tak kisah baik atau buruk.

Pelanggan mempunyai kuasa untuk membangunkan dan menjatuhkan sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan

"Ia adalah hak, tak wajar sampai nak kecam dan ugut untuk jumpa pulangkan duit bagai. Sebagai peniaga, kamu boleh ambil maklum tentang reviu tu dan buat penambahbaikan atau hiraukan sahaja.

"Saya berikan sedikit nasihat, kalau ada gerai yang ditularkan sebab makanan kurang memuaskan, boleh buat damage control, cakap minta maaf dan cuba perbaiki apa yang boleh. Bukannya melenting," jelas wanita itu.

Tambah wanita itu lagi, reviu yang diberikan bukanlah bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

"Saya cuma tumpukan kepada martabak yang dijual, berikan ulasan supaya kamu boleh improve makanan tu. Biar duit kami sebagai pembeli ni berbaloi. Itu sahaja.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Reviu makanan ni bukan kena sepanjang masa positif, ada masanya negatif juga. Kita jujur mengikut kepada kualiti makanan tu," terang wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas di laman X, rata-rata warga maya berpihak kepada wanita berkenaan.

"Kalau macam ni perangai pemilik gerai tu, harap penduduk setempat boleh boikot martabak tu. Ego sebesar-besarnya.

"Alahai, kalau gerai aku kena kritik macam ni, aku cuma akan cakap, terima kasih, kami akan perbaiki. Bukan sampai nak berdrama macam ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain