INDUSTRI pelancongan di Malaysia menjanjikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang menceburinya. Namun dengan kemasukan pelawat luar khususnya dari negara barat, Malaysia ada kalanya menerima kritikan untuk tujuan penambahbaikan. Baru-baru ini seorang pelancong mat salih dari Jerman menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sistem pengangkutan awam di sekitar Gombak, Selangor. Permasalahan melibatkan pengangkutan awam yang dikongsikan di TikTok. Menurutnya, dia dihalang daripada menaiki sebuah bas di Batu Caves, Selangor kerana konduktor yang bertugas tidak menerima bayaran secara tunai dan hanya penggunaan kad sesentuh Touch n' Go dibenarkan. Mendakwa sukar untuk mendapatkan kad Touch n' Go, lelaki mat salih itu kemudiannya berkongsikan pandangan mengenai isu berkenaan melalui satu hantaran di laman TikTok. Perkongsian terbabit mencetuskan pelbagai reaksi daripada pelayar warganegara Malaysia yang berpendapat lelaki mat salih itu sebagai mengada-ngada. ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih terkejut tengok ‘planner’ 2024, Malaysia paling banyak cuti umum... Netizen kata ada lagi, tunggu pilihan raya! ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih terkejut jumpa peniaga bazar Ramadan jual nasi lemak RM1, rasa tak masuk akal... Pelik macam mana boleh buat untung Khususnya melalui satu ciapan tular di laman X, seorang pelayar bertegas bahawa kejadian sebegitu terjadi kerana lelaki mat salih berkenaan tidak membuat 'kerja rumah' mencukupi sehingga akhirnya menjadi 'rusa masuk kampung'. "Kita rakyat Malaysia kalau pergi luar negara seperti Eropah misalnya, kita mesti akan selidik betul-betul suatu tempat tu. Nak tinggal mana, macam mana cara pengangkutan, kaedah bayaran dan nak makan apa, semua tu kita akan kaji. "Sebab tiada siapa yang akan maklumkan kepada kita tentang benda tu, kita yang kena tahu sendiri. Tapi apabila mat salih datang ke negara kita, terbalik, kita yang kena mudahkan semua benda ikut tekak mereka. Dulu waktu pergi Jerman, gigih belajar selok-belok di sana... tersilap langkah boleh kena saman. WARGA MAYA "Kalau berlaku apa-apa rintangan, disalahkan kita cakap infrastruktur lemah. Banyak cantik? Baru naik sekali dua pengangkutan awam kita, tapi gaya tegurnya dah macam penduduk tetap. "Mungkin inilah yang kita katakan sebagai minda terjajah, habis terhakis jati diri kita dan jadi 'pak turut' je," ujar pelayar itu panjang lebar. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan perspektif yang diketengahkan dan menceritakan pengalaman mereka sendiri ketika melancong ke luar negara. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Sempat lagi tu dia (lelaki mat salih) luangkan masa nak mengadu, boleh selesai masalah kalau dia terus beli kad Touch n' Go tu dekat kedai serbaneka. Kita kena berkeras sikit dengan orang putih ni. "Apa peribahasa kita, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kita kalau masuk tanah orang ikut je la cara tempat tu. Contohnya kalau nak masuk Australia kena ada visa, tak pernah pula orang kita kompelin cakap renyah nak buat. "Dulu waktu aku pergi Jerman, aku yang gigih belajar selok-belok di sana. Dah la arahan mereka banyak guna bahasa Jerman. Kalau tersilap langkah boleh kena saman, tinggi tu mata wang Kesatuan Eropah (EU). "Konsep cashless dalam pengangkutan awam kita ni dah diamalkan sejak awal tahun 2019. Elok je orang kita sesuaikan diri. Apabila masuk mat salih, terus nak kena ubah balik sistem ke? Jangan jadi baik sangat," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube