SETIAP insan bergelar pendidik mempunyai cara tersendiri bagi menghargai usaha dan sikap rajin yang ditunjukkan para pelajarnya. Terbaharu, seorang guru, Nor Sahidah menyentuh hati warga maya apabila memberikan hadiah bagi menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh seorang anak didiknya. Menerusi video dimuat naik di TikTok, dia memuji Chang Wei Qi kerana mengambil inisiatif sendiri melakukan latihan subjek Matematik walaupun belum disuruh melakukannya. Usaha pelajar ini mendapat pujian oleh gurunya. "Cikgu nak bagi dia (Wei Qi) hadiah sebab dia sudah siapkan kerja rumah dia. Sepatutnya kerja muka surat empat, hari ni kita buat. "Tapi dia sudah buat awal, sudah siap dah. Jadi cikgu pun sudah tengok (hasil) kerja dia lengkap, tulisan pun cantik boleh dibaca. "Jadi cikgu nak, kalau boleh (pelajar) yang lain ikut (contoh) macam dia," ujar Sahidah di hadapan kelas sambil memegang kertas latihan Wei Qi yang sedang berdiri di sebelahnya. Bukan itu sahaja, guru itu turut menjelaskan bahawa dia akan menampal hasil kerja sekolah Wei Qi sebagai rujukan kepada pelajar lain di kelas itu. ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti guru wanita anak lima main cinta dengan pelajar sendiri terbongkar! Video berdua-duaan di pantai tersebar ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘bersuara’, penat sebenarnya buat majlis graduasi! Ibu bapa kalau tak setuju sila datang mesyuarat PIBG, bantah Selepas pujian diberikan, pelajar tingkatan tiga kelas Ibnu Sina itu tersebut menerima pula wang RM5 sebagai 'ganjaran' atas kerajinannya. "Jadi jawapan dia ni cikgu akan tampal. Kalau kamu nak pinjam buat salinan pun boleh. "Kalau kamu nak tanya pun dia boleh tolong jelaskan. Tahniah kepada awak," ujar Sahida lalu menyerahkan duit berkenaan. Hantaran tersebut meraih pujian netizen di ruangan komen yang tersentuh dengan tindakan guru berkenaan, dipercayai mengajar di SMK Wira Jaya, Ipoh, Perak. Saya suka cara cikgu ni. Budak-budak lain pun akan rasa bermotivasi untuk buat kerja tu lagi elok dari kawan dia. NETIZEN Video itu turut dikongsikan semula oleh pelayar di laman X. "Adik tu buat bukan harapkan cikgu hargai depan kelas, dia buat sebab dia suka untuk diri dia sendiri. Tapi bila cikgu dah hargai kerja kita, memang gembira tak terkata. "Saya suka cara cikgu ni. Budak-budak lain pun akan rasa bermotivasi untuk buat kerja tu lagi elok dari kawan dia. Tahniah cikgu, awak hebat! "Orang macam ni dia akan berjaya dalam hidup dia sebab bersungguh-sungguh dengan apa yang dia lakukan," komen beberapa netizen. Komen netizen pada hantaran asal dibuat. Bagaimanapun, jika diteliti pada ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut berkongsi pengalaman pahit mereka yang melakukan tindakan sama seperti pelajar tersebut. "Saya dulu pernah rajin macam ni tapi cikgu cakap kenapa tak ikut arahan? Kenapa lebih memandai buat kerja yang saya tak suruh? Terlebih pandai dah? Lepas pada tu saya dah tak buat dah kerja yang cikgu bagi tu. "Bagus cikgu dia. Saya dulu pernah siapkan semua. Akhirnya saya kena marah. Sejak dari hari tu saya malas nak buat kerja sekolah sebab tak dihargai," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube