suria

Wanita insaf selepas mimpi dahsyat, reda dipecat kerana berhijab - “Nampak saya dan suami dalam neraka”

Kehidupan wanita ini dan suami berubah selepas berkahwin.

SETIAP manusia tidak lekang daripada ujian dan dugaan dalam kehidupan.

Perkara sama dilalui Murni Hidayah Azman Tang, 28, selepas dia nekad untuk berubah daripada seorang yang sering leka dengan aktiviti kelab malam kepada individu yang menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati.

Berkongsi kisah di laman X, dia mengakui perlu berdepan dengan pelbagai ujian berat sepanjang tempoh penghijrahan tersebut.

Ninie mengimbau kenangan penghijrahannya di laman X.

Ninie mengimbau kenangan penghijrahannya di laman X.

"Rindu masa ni, rindu zaman baru-baru berubah. Lain rasa dia masa ni. Tapi korang tau tak, sebenarnya banyak dugaan berat I lalui selepas kejadian ni," ujarnya ringkas.

Tidak menyangka akan melalui pelbagai dugaan, dia bagaimanapun kekal positif dan menerima setiap ujian dengan berlapang dada.

Malah baginya, setiap ujian yang dilalui itu merupakan bukti dirinya mendapat perhatian serta kasih sayang daripada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di disko, isteri terkejut reaksi suami diajak berubah, tinggalkan kelab malam selepas kahwin, “Ada masa untuk taubat tapi dah singkat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sering abai hidayah Allah sehinggalah ditugaskan ke Jeddah, bekas pramugari nekad peluk Islam! Terkejut reaksi keluarga

"Yes! Allah memang akan uji kau another level bila kau dah mula berubah. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita," tambahnya lagi.

Berkongsi episod dugaan sepanjang awal penghijrahan dengan mStar, ujar wanita ini, dia dan suami Muhammad Azmi Che Muda mula menghadiri kelas agama dan bacaan al-Quran pada 2019 iaitu kira-kira tiga bulan selepas mendirikan rumah tangga.

"Apa yang menyebabkan saya boleh drastically berubah adalah selepas kelas pertama mengaji, kami masih pergi ke Trec (pusat hiburan di Jalan Tun Razak)... tiba-tiba masa balik tu saya tertidur dan mendapat mimpi yang sangat mengerikan.

Setiap ujian tersebut menyebabkan kami lebih dekat dengan perkara yang sepatutnya, bahkan sekarang dah boleh bangun pukul 3 pagi untuk beribadah.

MURNI HIDAYAH AZMAN TANG

"Saya mimpi ada bunyi letupan yang kuat di langit, waktu semua berhenti, hujan dan langit slowly bertukar merah. Saya nak solat, nak taubat tapi dalam mimpi tu saya datang bulan.

"Jadi macam mana saya nak bertaubat? Kalaulah benda tu berlaku in real life, saya takut sangat. Saya juga pernah mimpi ada di dalam neraka dengan suami dan dia sangat kurus dengan rupa yang sangat menakutkan," imbaunya.

Menurut anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi, selepas terus istiqamah untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, dia bukan sahaja sudah tidak mengalami mimpi buruk sebaliknya sering didatangi mimpi berada di depan Kaabah dan melihat manusia sedang tawaf.

Baginya, mimpi tersebut berkemungkinan hadir kerana keinginan yang terlalu tinggi untuk ke Tanah Suci.

Ninie diberhentikan kerja kerana memakai tudung.

Ninie diberhentikan kerja kerana memakai tudung.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Ninie berkata perubahan kehidupan dan gaya hidup sepenuhnya membuatkan dia diberhentikan kerja.

Segala-galanya bermula apabila dia mula mengenakan hijab dan meninggalkan apa yang dilarang dalam Islam.

"Ujian besar dihadapi sebaik sahaja selepas bertudung dan kami buat apa yang patut sebagai Hamba Allah. Saya diberhentikan kerja... income saya terus RM0, suami saya juga.

"Saving pun tak bertahan lama. Hidup kami betul-betul naik turun, ada je ujian-ujian dari Allah. Tapi... ujian Allah tu tak mematahkan semangat kami untuk terus berjihad dengan diri sendiri.

Ninie menyertai kelas mengaji al-Quran bersama suaminya.

Ninie menyertai kelas mengaji al-Quran bersama suaminya.

"Malah kami jadi lebih positif dan letak mindset kami untuk 'enjoy' saja dengan ujian Allah bagi kerana ada hikmah yang besar atas setiap ujian dari yang Maha Esa,” tambahnya lagi.

Menjengah ke usia lima tahun perkahwinan pada 23 Februari lalu, dia mengakui kehidupannya bersama keluarga tidak lekang daripada pelbagai ujian.

"Saya percaya tahun ni akan ada banyak perubahan dalam hidup. Anak pun dah tiga orang dan Alhamdulillah kami sebagi suami isteri masing-masing memainkan peranan dalam rumah tangga.

"Suami pun tak berhenti cari ilmu untuk mendidik saya dan anak-anak. Setiap ujian tersebut menyebabkan kami lebih dekat dengan perkara yang sepatutnya, bahkan sekarang dah boleh bangun pukul 3 pagi untuk beribadah serta bersemangat untuk berpuasa," luahnya gembira.

Sebelum ini mStar ada berkongsikan kisah kehidupan Murni Hidayah Azman Tang dan suaminya yang berhijrah ke arah kebaikan dan meninggalkan aktiviti hiburan selepas berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain