suria

Pemuda jual burger ‘homemade’ dari meja ke meja, netizen puji rajin cari duit... Daging nampak ‘juicy’, senyuman penjual pun manis

Penjual burger bernama Faris ini tular selepas videonya dikongsikan seorang individu bernama Abang Muliadi di TikTok.

DEMI mencari rezeki yang halal, kebanyakan individu tidak kisah melakukan apa jua pekerjaan, malah ada yang sanggup bersengkang mata membanting tulang sehingga lewat malam.

Begitu juga dengan seorang pemuda ini yang gigih berjalan dari meja ke meja menjual burger homemade kepada pengunjung di sebuah restoran di ibu kota.

Video memaparkan gelagatnya mendekati pelanggan dengan sopan sambil wajah yang tidak lekang dengan senyuman, mengundang pujian warga maya selepas ia dikongsikan seorang individu dikenali sebagai Abang Muliadi di laman TikTok.

"Tahniah anak muda. Pukul 1.30 pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang-calang jual burger meja ke meja," demikian kapsyen yang ditulis mengiringi video berkenaan.

burger 2

Penjual burger ini dipuji kerana sentiasa tersenyum dan sopan ketika mendekati pelanggan.

Individu tersebut malah sempat menyapa penjual burger yang dikenali sebagai Faiz selain sempat memberikan kata-kata semangat buatnya.

Video yang dimuat naik oleh individu berkenaan menjadi tular hingga meraih lebih 268,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat 2 kerja demi sara bapa strok... pemuda ini tak pernah berdepan gangguan, cuma leher digigit semut ketika bertugas jadi guard

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak kaya, tapi satu gaji tak cukup sara keluarga! Lelaki ini gigih buat 2 kerja... siang berbaju pink, malam sarung uniform putih

Kebanyakan warga maya memuji kegigihan serta pendekatan sopan penjual burger berkenaan.

Malah tidak kurang juga ramai yang mengakui pernah menjadi pelanggannya dan berkongsi riviu kelazatan burger homemade yang dijual pemuda tersebut.

Sumpah sedap burger dia. Menyesal beli satu je. Harga dia memang sumpah rasa murah sangat dah.

NETIZEN

"Pernah beli burger dia dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Memang sedap. Dah lama cari abang ni... asyik tersenyum je.

"Sumpah sedap burger dia. Menyesal beli satu je. Harga dia memang sumpah rasa murah sangat dah.

"Burger homemade dengan harga RM7.90 tu memang berbaloi. Patty tebal dan juicy... sedap pula tu," demikian antara komen netizen.

komen

Pujian oleh warga maya yang pernah membeli burger homemade daripada pemuda berkenaan.

Disebabkan video berkenaan tular, individu tersebut memuat naik satu lagi video berasingan, khas untuk penjual burger itu mempromosikan jualannya kepada warga maya.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan malah memujinya kerana sanggup mencari penjual burger tersebut pada hari berikutnya semata-mata mahu membantu bisnes kecilnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain