TEMPOH berpantang selepas melahirkan anak merupakan fasa yang sangat penting bagi setiap ibu untuk kembali pulih daripada aspek fizikal serta kesihatan mental. Ada sesetengah wanita lebih selesa memilih untuk dijaga oleh ibu atau ibu mentua, dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan pakej penjaga pantang atau confinement lady (CL). Namun tidak semua wanita mempunyai pengalaman berpantang yang menyeronokkan, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini yang hanya mampu berendam air mata sepanjang berpantang di rumah ibu mentua. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti ini, dia terkilan dengan sikap ibu mentuanya yang langsung tidak mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan terpaksa menguruskan segala-galanya sendirian. Bertungku selepas bersalin menjadi tradisi khususnya bagi masyarakat Melayu. -Gambar Azlina Abdullah/Thestar "Saya stres, penat... letih. Anak menangis je tak berhenti. Saya nak balik rumah sendiri, tak nak berpantang dengan MIL (ibu mentua). Lima hari dekat sini dah buat saya rasa nak gila. "MIL tak tolong apa-apa pun. Saya juga basuh baju sendiri, mandikan baby. MIL langsung tak sediakan apa-apa makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang di kampung, suami galak buat angkara! Kantoi dengar suara perempuan jawab telefon waktu sahur ARTIKEL BERKAITAN: Ibu banyak songeh, tak sokong anak perempuan guna khidmat CL... Beri alasan tak selesa orang luar masuk rumah "Hari-hari makan roti kosong je... itupun beli masa check-up kuning anak. Kalau tak, MIL pun buat tak tahu je. "Saya dah siapkan makanan apa semua dekat rumah sebab ingat nak pantang sendiri... tapi kena pantang dekat sini," luahnya. Apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, suami yang diharapkan untuk membantu menjaganya pula lebih memilih untuk menuruti kata ibunya. Bersuara dan bertindaklah sebelum terlambat. Tak baik tu untuk kesihatan diri dan anak. NETIZEN "Suami dapat cuti seminggu tapi hari kedua (cuti) MIL dah marah suami suruh pergi kerja dan suami ikutkan je. "Saya suruh suami beli (makanan) dekat bazar pun suami tak nak sebab ikutkan cakap MIL konon orang pantang tak boleh makan macam-macam. Lapar dah sangat rasa mengalahkan orang puasa. "Belum lagi tidur atas lantai je beralaskan toto nipis. Naik sakit-sakit dah badan ni. "Nak beli makanan sendiri tak ada duit, nak balik rumah sendiri naik Grab pun duit tak ada. Serius saya penat sangat. Kenapa dapat suami yang asyik ikutkan mak," luahnya lagi. Luahan yang dikongsikan wanita tersebut di sebuah laman Facebook mengundang simpati warga maya. Rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan. Hantaran tersebut dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya tampil memberi kata-kata semangat selain menyarankan supaya wanita berkenaan berbincang dengan suaminya. "Allahuakbar. Kesiannya sis. Bersuara dan bertindaklah sebelum terlambat. Tak baik tu untuk kesihatan diri dan anak. "Ini kena beritahu family la sis. Jangan bagi muka. Nanti kamu dan anak dapat natijahnya! Minta family datang ambil. "Masa nurse datang check dekat rumah tu, report pada nurse. Terus terang je cakap kalau stay rumah MIL tu boleh buat sis jadi meroyan. Kadang-kadang sis kena berani bersuara," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube