SETIAP daripada kita menyimpan kisah tersendiri dalam kehidupan. Oleh itu, pentingnya untuk kita tidak menghakimi seseorang tanpa mengenali dirinya luar dan dalam. Seorang lelaki mendapat pengajaran ini apabila secara tidak sengaja bersangka buruk terhadap orang kurang upaya (OKU) sebelum berkongsi kisahnya di Facebook. Jemaah diminta untuk senyap dan fokus apabila khutbah solat Jumaat disampaikan. -Gambar hiasan Menurutnya, ketika itu dia singgah menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dan sedang khusyuk mendengar khatib memberikan khutbah. "Waktu tiba di perkarangan masjid, aku terpaksa berdiri untuk menunggu giliran masuk ke dalam memandangkan ruangan saf masjid yang agak penuh. "Selepas azan kedua, orang ramai mula memenuhi ruangan saf di hadapan dan dapatlah aku masuk untuk duduk di dalam saf yang masih kosong. ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah surau ‘basuh’ penceramah, melenting disuruh henti kejar harta dunia - “Cakap senang la, ustaz ada semua” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pertikai tandas VIP di masjid, hairan wujud ‘double standard’ di tempat ibadat - “Semua akan ke kubur juga” "Sambil aku mendengar khatib membaca khutbah, telinga aku menangkap suara seseorang di sebelah aku sedang berbual melalui earphone. "Pada mulanya macam perlahan tapi lama-kelamaan semakin kuat suaranya. Dalam hati aku terdetik, wah rancaknya bersembang, khatib kan dah mula khutbah ni," ujar lelaki itu. Tanpa disedari, monolog lelaki berkenaan akhirnya 'makan diri' dan memberikan satu pengajaran yang berharga untuk dirinya. Malu jika kita masih meninggalkan solat, tak tahu nak jawab apa di hadapan Allah kelak. WARGA MAYA "Apabila aku terfikir macam tu baru aku perasan gaya percakapan dia agak aneh. Selain itu, tangan dia bergerak-gerak dengan jari telunjuknya mencucuk-cucuk ke langit, entah apa yang ditujukan. "Lama juga aku 'hadam', sampai waktu tengah solat pun minda aku ligat berfikir. Selepas selesai solat semua baru aku sedar yang dia adalah insan istimewa. "MasyaAllah aku anggap ini adalah satu teguran daripada Allah kepada aku. Muhasabah diri. Dalam keadaan lelaki tu kurang waras pun dia masih mampu hadir ke masjid untuk menunaikan sembahyang. "Manakala aku yang sihat walafiat ni tanpa rasa bersalah meninggalkan solat. Mungkinkah diri aku ni yang sebetulnya gila? Tepuk dada, tanya iman. Sentiasa tanamkan rasa syukur," ujar lelaki itu mengambil iktibar Perbincangan warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan perkongsian yang menginsafkan itu. "Dalam tak sedar, orang di sekeliling boleh jadi satu peringatan untuk kita. Semoga Allah sentiasa memelihara hati dan mulut kita daripada berkata-kata yang tidak elok. "Realiti hidup, kita nampak waras tapi apakah hakikat yang sebenarnya? Malu jika kita masih meninggalkan solat, tak tahu nak jawab apa di hadapan Allah kelak. "Terima kasih atas perkongsian, dapat menyedarkan kita liku-liku kehidupan di luar sana," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube