suria

Isteri ‘main kayu tiga’ di pejabat, 6 tahun bergelumang dosa! Aktiviti terbongkar di wad ICU hospital

Kesetiaan merupakan kunci kepada kebahagiaan. -Gambar hiasan

ABANG, move on la!

Begitulah reaksi orang ramai apabila seorang lelaki meluahkan masalah rumah tangga yang dialaminya di laman Facebook baru-baru ini.

Ia berikutan dia mengakui masih menyayangi bekas isteri yang diceraikan pada September 2023 selepas wanita itu berlaku curang.

Penceraian adalah jalan penyelesaian bagi pasangan yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan

Penceraian adalah jalan penyelesaian bagi pasangan yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan

Tidak mahu mendedahkan identiti, lelaki ini menyatakan masalah rumah tangganya bermula selepas dia mengizinkan bekas isteri bekerja enam tahun lalu.

"Saya dah kahwin hampir 15 tahun dan Alhamdulillah dikurniakan empat orang cahaya mata.

"Walaupun kehidupan sekarang agak mencabar, tapi saya sebagai seorang ayah yang bekerja kampung masih mampu menyara empat orang anak," ujarnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian

Malah katanya, sepanjang tempoh tersebut dia menjalani kehidupan yang bahagia meskipun bekas isterinya sering mendesak untuk berpisah.

"Saya percayakan dia. Sejak dia bekerja, tanggungjawab sebagai isteri tidak dijalankan... dia balik kerja terus masuk bilik dan bermain telefon.

"Anak-anak yang akan hantar makanan kepada dia dalam bilik seperti puteri raja. Sejak mula kerja lagi dia dah desak untuk bercerai tapi saya bersabar kerana sayang," katanya.

Desakan yang dialami itu membuatkan dia akhirnya melafazkan cerai walaupun masih sayang dan tidak mengetahui punca sebenar isterinya berubah hati.

Isteri yang sudah tidur sekatil dengan lelaki lain tidak layak untuk bersama dengan kita lagi... abang move on la.

WARGA MAYA

Meskipun sudah berpisah, lelaki ini masih mengambil tahu perihal bekas isterinya sehinggalah wanita itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital akibat demam panas yang berpanjangan pada Januari lalu.

Menurut lelaki ini, keadaan bekas isterinya itu membongkar segala kecurangan yang dilakukan.

Lebih menyedihkan apabila, perbuatan terkutuk tersebut telah berlarutan sejak enam tahun lalu semasa bekas isterinya memulakan kerja.

"Masa ni baru saya dan keluarga dapat tahu kenapa dia sering mendesak untuk bercerai, rupa-rupanya dia ada lelaki lain iaitu suami orang yang dikenali di tempat kerja.

Suami perlu menaruh kepercayaan kepada isteri. -Gambar hiasan The Star

Suami perlu menaruh kepercayaan kepada isteri. -Gambar hiasan The Star

"Lelaki ini pun mengaku depan saudara mara dan bekas adik ipar saya yang mereka berkenalan sejak enam tahun lepas. Maknanya ketika masih menjadi isteri saya," ujarnya sayu.

Bukan itu sahaja, pengadu turut memberitahu bahawa teman lelaki bekas isterinya pernah membawa isteri pertama ke hospital sebagai isyarat kononnya sudah mendapat restu untuk berpoligami.

"Tapi baru-baru ini dia tiba-tiba cakap tidak akan mengganggu bekas isteri saya lagi sebab isterinya tak setuju pula.

"Disebabkan itu, bekas adik ipar terus mengamuk dan marah... suruh dia bertanggungjawab kerana kakaknya sudah bercerai," katanya lagi.

Warga maya memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada lelaki ini.

Warga maya memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada lelaki ini.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati kerana dia masih menyayangi bekas isteri meskipun telah ditipu dan dicurangi selama enam tahun.

"Bang, isteri yang sudah tidur sekatil dengan lelaki lain tidak layak untuk bersama dengan kita lagi. Abang move on la... abang doakan semoga dia dapat hidayah daripada Allah.

"Sayang macam mana pun, makhluk hanya sementara. Majukan diri dan jaga anak-anak lebih baik.

"Saya simpati pada sahabat, saya pun naik seram apabila baca (luahan)... apa-apa pun buat keputusan terbaik untuk anak-anak.

"Move on, ambil hak penjagaan anak. Si ibu dah hilang hak penjagaan sebab aktiviti tidak bermoral," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain