suria

Mat Bangla pula dikritik geng masjid, tak senang duduk tengok pakat solat saf depan - “Kita yang bayar cukai”

Setiap insan beragama Islam mempunyai hak untuk beribadah di dalam masjid. -Gambar hiasan

BARU-BARU ini kecoh diperkatakan di media sosial mengenai keistimewaan ahli kariah untuk menduduki saf pertama atau yang paling hadapan di masjid.

Menurut pandangan individu yang membangkitkan tentang hal itu, pelawat dari luar kawasan seharusnya duduk di barisan belakang ketika menunaikan solat secara berjemaah.

Ketika isu berkenaan belum reda, tular pula di laman X beberapa komen mendiskriminasi golongan warga asing terutamanya warganegara Bangladesh yang rajin mengimarahkan rumah Allah.

Masjid akan menjadi meriah dengan ketibaan Ramadan. -Gambar hiasan

Jika dperhatikan, warga asing kebiasaannya akan tiba awal ke masjid dengan berjalan kaki terutamanya ketika waktu solat Jumaat dan sering memenuhi ruang saf hadapan.

Ternyata perkara itu mengundang rasa iri hati dalam kalangan rakyat tempatan yang berpandangan kumpulan warga asing sudah berlebihan.

"Memang ramai pun orang Bangladesh ni yang selalu duduk saf hadapan. Kadang tu satu barisan penuh dengan puak mereka ni je. Selalu saya nampak dekat Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta jemaah bukan kariah faham ‘budaya’ masjid... Jangan menonong masuk, saf depan khas untuk orang tertentu

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah tak setuju surau ‘tebuk’ solat tarawih, selit tazkirah sampai 30 minit - “Kita bukan orang pencen free sepanjang masa”

"Sama juga di surau sekitar Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Mungkin sebab mereka ni ramai duduk dekat asrama berdekatan," ujar sebahagian warga maya.

Malah lebih mengejutkan, apabila seorang pelayar turut mengaitkan isu berkenaan dengan sistem bayaran cukai negara.

"Masjid dan surau dibina melalui bayaran cukai hasil titik peluh kita, lepas tu mereka (warga asing) senang-senang nak datang ibadah. Apa kata kita sedekahkan terus?," ujar pelayar terbabit.

Mendahulukan orang lain untuk berada di saf pertama berbanding diri sendiri adalah satu perbuatan yang makruh.

PENGADU

Kenyataan yang penuh kontroversi itu mendorong rata-rata netizen tampil memberikan pandangan untuk mematahkan hinaan yang dilontarkan.

"Rasanya abang ni baru berjinak-jinak kot nak pergi masjid. Orang yang dah lama pergi masjid tak kisah pun siapa pun jemaah kita. Santai je, sebab kita semua saudara seagama tanpa kira bangsa.

"Saya pernah dengar ustaz beritahu, dapat duduk saf hadapan ni adalah satu rezeki yang Allah bagi. Maknanya mereka yang banyak bunyi tak dapat duduk saf hadapan ni sebab Allah dah nampak perangai sebenar mereka.

"Kenapa terkinja-kinja sangat nak duduk depan, ada berbeza kasta atau darjat ke waktu solat berjemaah. Kalau nak tahu, orang Bangladesh yang paling banyak sumbat duit dalam tabung masjid, sampai RM50 pun ada," ujar warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Sementara itu berdasarkan perkongsian di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dinyatakan dengan terang bahawa adalah makhruh sekiraya kita mendahulukan orang lain dalam soal ibadah.

"Hukum mengutamakan dan mendahulukan orang lain untuk berada di saf pertama berbanding diri sendiri adalah satu perbuatan yang makruh.

"Hal ini kerana kita haruslah berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan dan ketaatan untuk diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain," kata portal itu.

Sementara itu merujuk kepada ulasan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, kemuliaan umat manusia adalah sama di sisi Tuhan, hanya tahap ketakwaan yang boleh menjadi ukuran.

"Syarat utama takwa yang menjadi nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah, antaranya beriman dengan Allah, hari akhirat, kandungan al-Quran dan sifat-sifat takwa lain yang terkandung dalam al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain