SUDAH jadi lumrah perniagaan kedai makan yang mempunyai pasang surutnya, ada masa kita berada di puncak dan ada kalanya di bawah. Banyak faktor yang mempengaruhi turun naik prestasi perniagaan antaranya lokasi, waktu perniagaan serta cuaca memandangkan sekarang adalah musim peralihan monsun, menyebabkan hujan dan panas tidak menentu. Dalam satu hantaran tular di laman Facebook, seorang peniaga bazar Ramadan berkongsi kisah yang memberikan 1,001 pengajaran tentang rezeki. Bazar merupakan satu kemestian ketika tibanya Ramadan. -Gambar hiasan Menurut peniaga yang menjual kuih-muih itu, pada suatu hari dia membuka gerai di bazar seperti biasa, tetapi langit kelihatan mendung dengan tompokan awan hitam. Terdetik dalam hati peniaga berkenaan kemungkinan ini bukan harinya untuk meraih rezeki yang lumayan. "Tengah saya sibuk siap siagakan gerai, saya nampak langit dah mula gelap. Saya baru nak berniaga ni. Saya pasrahkan sahaja, mungkin rezeki saya setakat itu je," kata lelaki tersebut berdamai dengan ketentuan. ARTIKEL BERKAITAN: Bengang, menyesal support! Pelanggan ‘ajar’ peniaga bazar tak pandai masak, bagi reviu paling jujur - “Langsung tak sedap kak” ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas ‘bawa’ RM200,000 pergi bazar Ramadan, pemuda nampak baki ketika guna kod QR... Netizen harap lebih hati-hati Namun di saat peniaga itu hampir berputus asa dan pulang ke rumah lebih awal, tampil seorang individu bermurah hati memborong setiap makanannya sehingga licin. "Tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni, dia borong semua jualan kuih saya untuk diberikan sebagai juadah berbuka puasa di surau. "Memang habis kesemua makanan yang saya bawa dalam talam hari tu. Saya bersyukur yang amat, sungguh tak disangka-sangka. "Ia adalah satu keajaiban yang Allah kurniakan. Tapi terfikir pula, apa yang melayakkan diri saya untuk mendapat rahmat sebegini besar daripada Tuhan?" soal peniaga itu bermuhasabah diri. Hati-hati kena betulkan niat juga, rezeki datang daripada Allah dan selawat itu hanyalah satu amalan. WARGA MAYA Setelah dikenang kembali, peniaga itu menyedari satu amalan hariannya yang mungkin menjadi asbab kepada dirinya dirahmati pada hari tersebut. "Baru saya teringat, tadi waktu Asar saya ada berselawat sebanyak 10 kali. Saya mula amalkan pun selepas tengok video seorang ustaz ni dekat TikTok. "Ustaz tu nasihatkan untuk baca selawat ini 10 kali ketika solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar. InsyaAllah rezeki akan datang daripada tempat yang kita tak tahu pun boleh ada. "Saya kongsikan di sini juga agar dapat menjadi amalan kita bersama, mudah sahaja dan tak panjang pun. Saya tuliskan dalam Bahasa Melayu agar lebih senang untuk diikuti. Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah yang tidak dapat diduga dengan fikiran manusia. -Gambar hiasan "Allahumma Solli Wa Sallim 'Ala Sayyidina Muhammadin Karimil Aba'iwal Ummahat. Selamat beramal," ujar peniaga itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tersentuh hati dengan perkongsian kisah peniaga tersebut. "Alhamdulillah rezeki, terima kasih atas perkongsian. "Hati-hati kena betulkan niat juga, rezeki datang daripada Allah dan selawat itu hanyalah satu amalan," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube