suria

“Janganlah minta open table” - Wanita tepis sangkaan peniaga bazar cepat kaya, untung RM100 sehari pun belum tentu

Pelbagai juadah dijual di bazar Ramadan. -Gambar hiasan

BIASA kita dengar cakap-cakap mengatakan Ramadan merupakan bulan untuk para peniaga makanan meraih untung besar.

Namun tahun ini dikatakan berlaku keadaan sebaliknya apabila peniaga bazar Ramadan mula merungut dek kerana kurangnya sambutan daripada pembeli.

Menurut seorang peniaga di bazar Ramadan Bandar Utama Segamat, Johor dikenali sebagai Era Rauqhah, dia melihat sendiri ramai rakan usahawan yang mengalami kerugian pada edisi kali ini.

jbj

Ramai yang datang ke bazar ramadan namun hanya segelintir yang membeli. -Gambar hiasan.

"Dua tahun aku berniaga di bazar, apa yang dapat aku perhatikan tak semua orang yang berniaga di bazar Ramadan akan untung beratus ribu. Ramai yang perniagaannya rugi dan tidak balik modal langsung.

"Lebih-lebih lagi tahun ini, peniaga yang meniaga di sebelah aku semuanya dah cuti dua tiga hari sebab tiada untung apabila berniaga," ujarnya dalam perkongsiannya di Facebook baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu juga, wanita berkenaan berkata dia turut berdepan situasi sama iaitu sukar untuk menjana pendapatan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN:Gerai warga emas lengang, orang singgah tapi tak jadi beli... Pemuda dapat jawapan lepas curi dengar perbualan

ARTIKEL BERKAITAN:10 tahun tak ibadat, bisnes kencang bazar Ramadan jatuh merudum! Suami isteri malu, baru sekali baca al-Quran Allah beri semula nikmat

"Aku sendiri nak dapatkan RM100 sehari pun susah. Jangan kata nak dapat balik duit (sewa) tapak, duit modal air setiap hari pun belum tentu dapat," luah wanita itu lagi.

Difahamkan juga dek kerana hasil jualan yang kurang baik, dia masih belum mampu untuk melunaskan gaji para pekerjaannya.

Namun menurut wanita itu, semangatnya untuk berniaga masih belum luntur dan dia akan terus berjuang mencari rezeki selagi terdaya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kami hanya minta sahabat-sahabat doakan agar perniagaan kami akan lebih untung daripada hari sebelumnya.

ERA RAUQHAH

PENIAGA BAZAR

"Aku tak patah semangat, aku masih meneruskan perjuangan. Jadi orang luar sana janganlah cakap kami ini banyak untung, minta open table la.

"Kami hanya minta sahabat-sahabat untuk mendoakan sahaja agar perniagaan kami akan lebih untung daripada hari sebelumnya," katanya lagi.

Nampaknya luahan Era turut dirasai peniaga lain apabila mereka turut meluahkan cabaran masing-masing ketika berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini.

ggr

Kuasa membeli yang terhad telah menyebabkan keuntungan yang sedikit. -Gambar hiasan.

"Betul kak, niaga zaman sekarang ini memang perit sikit. Ramai yang putus asa sebab tak menguntungkan dan tiada pulangan modal.

"Serius tahun ini amat mencabar, sampai ke hari ini saya masih belum mendapat sebarang untung. Mungkin sebab ada peniaga yang menjadi bidan terjun menyebabkan ada penjual lain yang turut terkesan.

"Sebab itulah saya berhenti berniaga, sekarang saya bekerja di kilang, Alhamdulillah murah rezeki saya," demikian antara luahan warganet di ruangan komennya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain