BEBANAN hutang dek kerana komitmen bulanan yang tinggi menyebabkan ada antara kita yang sanggup membuat pinjaman peribadi sehingga akhirnya berdepan dengan risiko muflis. Namun berlainan pula dengan kisah yang dikongsikan seorang lelaki ini yang dibelenggu dengan masalah kewangan gara-gara sikap mentua. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, segala-galanya bermula apabila bapa mentua menggunakan nama isterinya untuk membuat pinjaman tanpa pengetahuan mereka berdua. "Ayah mertua saya bankrupt sejak usia muda, dek kerana buat pinjaman sana sini kononnya untuk buat bisnes terpaling untung. "Namun semuanya tidak menjadi dan nama kena blacklist. Kemudian dia tak serik, terus menggunakan nama isterinya (mak mentua), tak lama lepastu nama isterinya turut blacklist. "Sekarang dia menggunakan nama anaknya (isteri saya) pula semenjak sebelum kami berkahwin. Awalnya saya buat tak endah namun baru-baru ni terjadi satu isu yang ah long mengganggu isteri saya. "Kad pengenalan isteri saya ditayang dan dia diugut secara public. Isteri saya tidak pernah tahu menahu namanya digunakan dan ayahnya tidak pernah minta izin," luah individu berkenaan. Tambah individu berkenaan, bapa mentuanya yang membuka pusat tahfiz turut meletakkan nama isterinya sebagai pengarah tanpa persetujuan mereka. Masalah yang disebabkan faktor luaran seperti campur tangan keluarga akan memberikan implikasi kepada hubungan suami isteri. -Gambar hiasan "Pada awalnya nampak macam okay perjalanan pusat tahfiz tu. Tapi muncul satu masa dia sering hubungi orang sana sini minta fund, nak buat pinjaman peribadi. "Sudah pasti semua tu menggunakan nama tahfiz atau nama isteri saya. "Saya telah mendesak ayah mentua untuk menukar nama director tahfiz tersebut, namun dia buat tak endah. Sampai ke tahap ah long ganggu seluruh family besar isteri saya," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Dipaksa melutut minta maaf ketika raya Berkongsi lebih lanjut, individu tersebut berkata apa yang berlaku memberi impak yang sangat besar melibatkan keselamatan keluarga mereka. Tidak sekadar itu katanya, ia turut memberi tempias kepada hubungannya bersama isteri. Family toxic is real. Yang pernah mengalami je tahu perit dia. NETIZEN "Saya jadi buntu macam mana nak selesaikan masalah ni. Hubungan saya dan isteri goyah, karier dan kewangan kami terjejas. "Kami tak mampu kawal emosi akibat terlalu risau masalah ni. Ahli keluarga besar isteri saya pula nampaknya tak berapa bersungguh untuk selesaikan perkara ni sebab hanya kami yang terjejas secara langsung. "Saya ada terfikir untuk report sahaja tapi risau tersilap langkah dan terjerat diri kami sendiri," luahnya dalam laman Facebook Peguam & Pengguna Malaysia. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dengan situasi yang dilalui pasangan muda berkenaan. Netizen meluahkan rasa simpati terhadap pasangan berkenaan. Malah ramai yang menyarankan supaya lelaki berkenaan bertindak tegas dan 'mengajar' bapa mentuanya dengan menggunakan saluran undang-undang. "Berat kes ni, macam-macam pertuduhan dan tuntutan boleh buat. "Kalau nak keluar dari problem ni, kena bersedia mental untuk ada problem dengan family. Sebab mesti akan terjejas. "Family toxic is real. Yang pernah mengalami je tahu perit dia. "Report je dekat majlis agama negeri. Tahfiz tu kalau tak berdaftar memang kena tutup. Kalau daftar, kena hantar laporan audit," demikian antara komen netizen.