suria

Jenuh hambat ‘lane hoggers’, lelaki tegur sikap pemandu santai lorong tengah... Punca jalan sesak tanpa sebab!

Pengguna jalan raya perlu amalkan sikap bertimbang rasa dan berhemah ketika memandu. -Gambar hiasan

PELBAGAI ragam pemandu dapat diperhatikan ketika di lebuh raya.

Ada yang lincah 'mencilok' di antara kereta untuk cepat tiba ke destinasi dan tidak kurang juga dapat dilihat pemandu santai memandu secara berhemah.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang pemuda menegur gaya pemanduan sesetengah pengguna jalan raya yang dianggap mementingkan diri.

Trafik akan melonjak ketika musim perayaan. -Gambar hiasan

Menurutnya, segelintir pengguna gemar memandu dengan kelajuan 'kura-kura', namun memilih untuk berada di lorong kanan yang dikhaskan buat mereka yang ingin memotong.

Perkara tersebut boleh menyebabkan gangguan pada aliran trafik yang lancar dan juga berisiko mengakibatkan kemalangan.

"Saya merayu sangat, tak ada siapa marah kalau awak nak bawa kereta perlahan, merangkak atau mengesot sekalipun. Negara kita memang tak ada letakkan had kelajuan minimum.

ARTIKEL BERKAITAN: Lampu isyarat merah lama? Mungkin sebab kereta tak berhenti atas sensor, tapi sistem ini tak ‘mesra’ motor, basikal

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori disangka gila sebab main signal tengah jalan! Rupanya ada kod tersirat, nak bantu pemandu kereta guna ‘komunikasi lampu’

"Tapi stay la dekat lorong paling kiri. Jangan menyemak dekat lorong tengah atau lorong memotong. Banyak kereta jadi 'keras' berderet dekat belakang ni.

"Kalau pandu kereta dengan kelajuan 110 kilometer per jam (km/j) boleh terima lagi tapi kalau dah bawah 80 km/j memang menguji kesabaran," kata pemuda itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berpandangan sama dan meminta golongan 'lane hoggers' ini segera dibasmi.

Kalau kau nak bawa kereta sambil mengelamun tak mengapa, tapi jangan susahkan orang lain.

WARGA MAYA

"Selalu jumpa apabila dekat highway, dah jadi macam satu budaya di Malaysia ni. Sangat bahaya apabila ramai memandu dengan perlahan di lorong tengah.

"Inilah juga punca kesesakan di kebanyakan lebuh raya Malaysia, kita ingat ada kemalangan atau roadblock ke apa, sekali dah sampai depan tiada apa pun. Itu petandanya lane hoggers dah buat hal.

Panduan penggunaan lorong di lebuh raya. -Gambar PLUS Malaysia Berhad

"Menyampah dengan orang yang bawa perlahan di lorong kanan ni. Kita semua ada urusan masing-masing, kalau kau nak bawa kereta sambil mengelamun tak mengapa, tapi jangan susahkan orang lain.

"Tapi itulah, nak duduk lorong kiri bawa perlahan pun tak boleh, nanti lori cucuk dan bagi lampu dekat kita. Mereka ni pun boleh tahan 'gila' juga," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain