suria

Suami tak layan isteri hamil teringin ayam golek, disuruh berjimat nak sambut anak... Netizen geram, minta alamat nak belanja!

Keinginan seorang isteri untuk makan ayam golek tidak dapat dipenuhi. -Gambar hiasan

KEKANGAN kewangan yang dihadapi seorang lelaki menyebabkan dia tidak dapat memenuhi kehendak isterinya yang sedang berbadan dua.

Menerusi luahan di laman X, si suami berkata isterinya mengidam untuk menikmati hidangan ayam golek.

Bagaimanapun lelaki itu berkata dia tidak dapat menunaikan permintaan tersebut memandangkan dia sedang berjimat sebagai persediaan menanti kelahiran anak mereka tidak lama lagi.

"Isteri saya mengidam nak makan ayam golek, tapi saya cakap lebih baik berjimat cermat.

Ibu mengandung mempunyai pelbagai keinginan terutama dari segi makanan. -Gambar hiasan

"Lebih baik simpan duit untuk (keperluan) bayi kita nanti," ujarnya tanpa mendedahkan identiti sebenar.

Luahan lelaki itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen kerana tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan.

Rata-ratanya menyelar sikap lelaki itu dan memintanya agar memenuhi keinginan tersebut sebagaimana diharapkan isterinya.

Malah ada golongan ibu yang bermurah hati menawarkan diri untuk menghulurkan sedikit wang kepada lelaki berkenaan agar dia tidak terus menghampakan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil mengidam duduk ‘kerusi khas’, suami ‘kerek’ arahkan pelanggan wanita dan anak tukar tempat lain

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil mengidam benda haram, suami serba salah! Boleh tunaikan atas alasan darurat atau sebaliknya?

"Awak mesej saya boleh? Saya belanja isteri awak ayam golek. Saya pun pernah mengandung jadi faham apa yang dia rasa. Bagi saya penuhi keinginan dia.

"Ni kalau belikan pun, lepas ni mesti dia kecewa sebab benda lebih kurang RM20 pun berkira. Nanti sudah beli, minta maaf sekali kemudian manjakan dia. Kalau tak, tinggi kemungkinan untuk dia terasa dengan kau.

"Jangan kedekut sangat awak. Isteri tu mengandung. Ingat, rezeki yang isteri bawa tu lagi besar. Kalau tak dapat seekor, beli je separuh janji lepas isteri punya mengidam. Tengok je dia makan, jangan cuit sikit pun," ujar netizen.

Selepas pelbagai cadangan juga hentaman diterima, lelaki tersebut sekali lagi tampil menjelaskan situasi sebenar yang dihadapinya.

Saya bukan berkira atau kedekut... isteri saya pun memahami.

PENGADU

Menurut apa yang diceritakan, dia tidak dapat memenuhi permintaan isterinya kerana masih belum menerima gaji pada bulan tersebut.

"Saya bukan berkira atau kedekut. Isteri saya pun memahami. Cuma masa dia minta tu terkena ketika belum gaji.

"Lambat lagi tunggu tujuh hari bulan (untuk terima) gaji. Saya bukan seperti yang difikirkan," jelasnya.

Walaupun penjelasan sudah diberikan, ternyata warga maya tidak dapat menerima alasan diberikan.

Komen netizen pada hantaran di X.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen yang meminta butiran alamat rumah lelaki berkenaan untuk menghantar ayam golek terbabit.

"Awak sila mesej saya. Saya bagi awak duit beli ayam golek.

"Cakap biar jelas, kejap itu kejap ini. Abang mesej saya alamat. Esok saya hantar guna p-Hailing bagi dekat isteri.

"Benda boleh cakap dekat isteri kot, tunggu gaji nanti kita beli. Ni nak suruh berjimat cermat sebab nak beli barang anak bakal dilahirkan. Orang baca pun marah fikir awak kedekut bab makan," komen netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain