suria

Ramai bekas pelajar mengaku jadi mangsa, guru MRSM didakwa pedofil digantung tugas

Kes pedofilia merupakan sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berasa terganggu dan meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui seorang guru lelaki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didakwa pedofil masih bebas mengajar.

Menerusi paparan yang dikongsi @naylisabirawr di akaun X miliknya, dia meluahkan rasa kecewa kerana sejak sekian lama, guru tersebut masih belum dikenakan sebarang tindakan.

Merupakan bekas pelajar sekolah itu, dia mendakwa dirinya adalah salah seorang mangsa guru itu dan menceritakan bagaimana pelajar senior telah memberi peringatan tentang perkara ini ketika dia mula mendaftar masuk ke situ pada usia 13 tahun.

jbhb

Guru tersebut didakwa telah ditangkap beberapa kali, namun tiada tindakan diambil. -Gambar hiasan

"Ketika saya berumur 13 tahun, senior saya ada memberi amaran tentang seorang guru, katanya dia sering hantar teks mesej yang berbaur lucah kepada mereka yang cantik.

"Bila dah jadi senior, saya pula yang sampaikan pesanan itu kepada pelajar junior yang lain," kata bekas pelajar sekolah berasrama penuh itu yanng terletak di Pantai Timur.

Menurut wanita ini lagi, dia terpanggil untuk bersuara mengenai perkara ini selepas menerima mesej daripada seorang pelajar sekolah itu.

Katanya, sangat menakutkan apabila mendapat tahu guru tersebut sudah berkali-kali 'kantoi' namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadapnya malah masih bebas mengajar seperti biasa.

Wanita ini turut mendakwa bukan dia sahaja yang menjadi mangsa guru miang terbabit, tetapi rakan baiknya turut terkena.

ARTIKEL BERKAITAN:Diraba lelaki ketika baru berusia 10 tahun buat wanita ini trauma sepanjang hayat, "Tiada maaf untuk pedofilia... mereputlah dalam penjara selamanya"

ARTIKEL BERKAITAN:Label pesalah pedofilia ‘akan sakiti anak anda’ bukan caranya, amaran Syed Azmi “Jangan dekati kanak-kanak, atas talian atau dunia sebenar!”

Melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan tidak boleh dibiarkan, dia menyeru mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil berkongsi cerita tentang betapa kejinya perangai lelaki yang bergelar pendidik itu.

"Masih belum terlambat, tak kisahlah berapa lama kamu dah tinggalkan sekolah.

Saya juga mangsa, begitu juga kawan-kawan baik saya. Tolonglah kongsi cerita kami, teruskan bercakap tentang 'raksasa' ini, tweet pasal dia, jangan biarkan saja," katanya.

Dia sering hantar teks mesej yang berbaur lucah

Mangsa

Selepas ciapannya tular, ramai bekas pelajar wanita dari sekolah ini tampil berkongsi pengalaman mereka diganggu guru lelaki terbabit.

Seorang wanita menceritakan dia pernah ternampak guru itu mengambil gambar seluar dalam pelajar perempuan di ampaian.

Ada juga beberapa individu yang berkongsi tangkap layar perbualan yang menunjukkan ayat-ayat berbaur lucah didakwa dihantar oleh guru yang sama.

WhatsApp Image 2024-03-30 at 13.36.37

Komen-komen yang dilontar oleh netizen. -Gambar hiasan.

"Cikgu sekarang menjadi-jadi ya seram sejuk aku tengok.

"Ya Allah, seramnya. Saya dari MRSM juga, mujur setakat ini okay saja," demikian antara komen warganet.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian Pengerusi Mara Dr Asyraf Wajdi.

Katanya pasukan dari Ibu Pejabat Mara akan turun ke sekolah berkenaan bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

"Saya telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dan perlu dijalankan segera.

"Dalam pada itu, guru berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain