MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya dan dalam hal melatih anak berpuasa setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri. Disebabkan puasa pada bulan Ramadan wajib ke atas umat Islam, tanggungjawab ibu bapa untuk membiasakan anak-anak supaya menahan lapar pada waktu siang adalah besar dan penting. Sudah pasti banyak rintangan dan dugaannya apatah lagi pada tahun ini cuaca panas dengan suhu melebihi 35 darjah celcius melanda Malaysia. Bukan mudah untuk melatih dan menddik anak-anak untuk berpuasa. -Gambar hiasan Menerusi satu perkongsian oleh pengguna Facebook Noor Hasniza Arifin, wanita ini berkata sebagai ibu dia turut tidak terkecuali daripada tugas mendidik anak berpuasa dan mengakui cuaca panas pada tahun ini merupakan cabaran terbesar. "Peranan ibu tahun ini perlu motivasikan anak, supaya mereka berjaya habiskan puasa. "Tapi cara saya ini agak membazir wang sebenarnya, saya bawa mereka ke tempat yang sejuk seperti pusat beli belah untuk cuci mata sekali gus cuci wang," kata Hasniza. Menurut Hasniza dengan membawa anaknya berjalan-jalan sambil 'window shopping' di pusat beli belah yang semestinya terlindung daripada matahari, aktiviti itu mampu membuatkan mereka lupa seketika tentang rasa lapar dan dahaga. ARTIKEL BERKAITAN :Jangan diejek jika anak tak mampu berpuasa penuh... jom ketahui tip elak anak-anak puasa 'yang yok' sepanjang Ramadan ARTIKEL BERKAITAN :Anak banyak ragam, ibu bapa jangan cepat putus asa... Ini tip didik si kecil berpuasa! Tambahnya lagi, untuk memastikan anaknya tidak cepat berasa lapar dia akan membiarkan mereka bersahur lewat. Hasniza berkata sekiranya mereka gagal menahan lapar dan dahaga, dia akan membenarkan anaknya untuk berbuka, namun ungkapan 'tahniah' tetap diucapkan untuk mereka. "Saya selalu lewatkan waktu sahur mereka, dan kalau dia tak tahan sangat baru saya benarkan berbuka, dan saya akan tetap ucapkan tahniah untuk dia," katanya. Mendirikan solat lima waktu wajib ke atas umat Islam. -Gambar hiasan Dalam mendidik anak yang sedang membesar, Hasniza berpandangan perkara yang perlu diberi lebih penekanan adalah solat. Justeru menerusi perkongsiannya, dia turut memberitahu tentang kepentingan mendidik anak solat sebelum mereka akil baligh. Mungkin nampak ringan tetapi masih berat untuk sesetengah orang untuk mendirikan solat Noor Hasniza Arifin Menurutnya lagi, ramai yang menganggap solat itu sesuatu yang mudah, namun masih ada yang tidak sempurna solatnya. "Bagi saya perkara yang perlu ditekankan adalah solat. "Solat perlu digalakkan seawal usia dua, tiga tahun. Solat nampak ringan tapi berat pada sesetengah orang. "Orang yang solat insyaAllah akan berpuasa dan melakukan ibadah yang lain dengan mudah," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube