SETIAP hubungan pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri terutama dalam fasa pertunangan. Dalam tempoh itu juga setiap pasangan akan cuba untuk mengenali pasangan serta ahli keluarga masing-masing dengan lebih mendalam. Sebagaimana yang dilakukan gadis ini, dia mengambil peluang berbuka puasa bersama dengan keluarga bakal mentuanya baru-baru ini bagi mengeratkan silaturahim antara mereka. Namun tanpa diduga, dia menjadi sasaran amarah bapa tunangnya sehingga dimalukan di hadapan khalayak ramai. Nina Jayatileke and her fiance being interview regarding their marriage propose on airasia flight. Tambahan pula pada masa tersebut mereka sedang menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa di sebuah restoran. Kisah gadis ini diceritakan semula oleh tunangnya menerusi hantaran di laman X selepas berasa kecewa dengan sikap bapanya yang seolah-olah tidak memahami situasi pada masa itu. "Awal puasa hari tu, keluarga aku ada berbuka puasa bersama-sama dan aku ajak tunang ikut serta. Dia sampai dulu sebab aku habis kerja lambat. "Alhamdulillah tunang aku berani je datang... masa dekat meja, aku tak tahu kenapa ayah aku macam panas sangat hari tu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merungut bakal mak mentua jenis cakap lepas, BF terus hilang sabar - “Mak aku tu, aku lempang kau nanti!” ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi masih dengan lelaki, bakal mentua terus ‘downgrade’ teman wanita anak - “Kalau hantaran ni... dua tiga ribu je” "Semua perkara dia nak tegur dan marah tapi tunang aku senyap je. Tiba-tiba dia berleter dan lepaskan pada tunang aku yang merupakan satu-satunya bakal menantu perempuan dia," luahnya sayu. Lebih menyedihkan apabila tunangnya itu dituduh tidak beradab kerana berpakaian tidak sesuai mengikut 'majlis'. Walhal kata lelaki itu, tunangnya baru sahaja pulang daripada kerja dan terus ke restoran yang dijanjikan. "Tunang aku baru balik kerja. Ayah aku cakap pasal pakaian, perangai suka balik dan keluar malam dengan aku," katanya menceritakan semula kejadian yang berlaku. Hikmah dia nampak sebelum kahwin... lepas ni harapnya ayah awak boleh belajar daripada perkara ni. WARGA MAYA Segala tohmahan dan teguran kasar bapanya itu ternyata meninggalkan kesan emosi sehingga gadis berkenaan nekad untuk memutuskan hubungan dengan tunangnya. Malah dia turut menanggalkan cincin ikatan dan meninggalkannya di atas meja restoran sebelum berlalu pergi. "Sebelum pergi tu tunang aku cakap... kalau tak ada perkara baik nak ajar, jangan bercakap. Budak tu belum kahwin lagi, kalau suatu hari dia kena maki dengan bakal ayah mentua depan publik macam ni. Ingatlah muka yang pakcik dah malukan ni. "Tunang aku tunjuk dekat adik perempuan bongsu aku. Satu restoran tengok. Tunang aku bersalam dengan semua sebelum pergi," katanya lagi. Kekangan kerja tidak menghalang keluarga berbuka puasa bersama. -Gambar hiasan The Star Menurut lelaki ini, dia cuba untuk memujuk tunangnya kembali dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Namun malangnya, gadis tersebut enggan meneruskan ikatan pertunangan kerana bimbang perkara sama akan berlaku sekali lagi. "Ayah aku pun dah minta maaf dan berjumpa dengan mak ayah dia, tapi tetap sama," ujarnya meratap sedih. Luahan lelaki itu mendapat perhatian warga maya yang turut sama berasa sedih dengan situasi yang dialaminya. Warga maya bersetuju dengan tindakan tunang lelaki ini. "Bekas tunang kau ni mesti orang bijak-bijak dan dari keluarga yang baik-baik. Aku setuju dia keluar dari keluarga sampah macam tu. Anak-anak lain dan isteri ayah kau tu sikit pun tak bersuara masa dia kecam, memang patut pun putus tunang. "Eloklah putus daripada hadap keluarga toksik, tiada ada seorang pun yang nak back-up padahal dah nak jadi menantu sendiri. "Dah boleh check-in dekat rumah orang tua, nak buat apa bela ayah macam tu. "Hikmah dia nampak sebelum kahwin... lepas ni harapnya ayah awak boleh belajar daripada perkara ni dan jangan buat dekat bakal isteri anak perkara yang sama," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube