suria

Pemuda letih, tak tahan hadap trafik sesak setiap hari! Demi kesihatan mental rela resign, balik kampung berniaga depan rumah

Kesesakan lalu lintas akan membuatkan pekerja kurang produktif disebabkan keletihan. -Gambar hiasan

PELUANG pekerjaan yang banyak di samping tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja sambil melalui kesulitan hidup di kota.

Malah ada yang terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dalam jarak jauh dan menempuh kesesakan lalu lintas demi gaji tinggi bagi menyara keluarga tercinta.

Seperti kisah seorang lelaki menerusi satu hantaran tular, dia mempersoalkan sejauh mana dirinya mampu bertahan dengan kehidupan semasa yang penuh cabaran.

Tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja di kota. -Gambar hiasan The Star

Tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja di kota. -Gambar hiasan

Apatah lagi, situasi yang dilaluinya itu membuatkan dirinya keletihan sama ada sebelum mahupun selepas pulang dari kerja.

"Aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan hadap perkara (kesesakan lalu lintas) ni setiap hari," keluhnya di laman X.

Kesulitan tersebut membuatkan dia meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan yang disandang dan pulang ke kampung halaman seterusnya menjalani kehidupan yang tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja! Pekerja ‘otai’ di Singapura menyampah Gen Z kuat merungut Tambak Johor sesak... “Tak nak jammed, duduk kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak mahu jadi ‘sardin’, alami tekanan jiwa naik pengangkutan awam! Keluar rumah di Puncak Alam 5.15 pagi, 2 jam baru sampai ofis

"At this point rasa nak berhenti kerja, berniaga apa sahaja di depan rumah atau balik kampung," luahnya lagi.

Pada masa sama, lelaki ini turut berharap dapat bekerja dalam sistem syif berbanding waktu pejabat.

Malah dia juga mengakui sanggup 'hilang' nikmat cuti hujung minggu demi mengelakkan kesesakan setiap hari.

Aku pun tak tahu macam mana boleh hadap trafik sesak hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang rasa macam bodoh pun ada sebab buang masa kat atas jalan.

WARGA MAYA

"Aku rasa rotation shift lebih sesuai, bukan waktu pejabat... tak cuti Sabtu dan Ahad pun tak apa, aku reda daripada hadap kesesakan macam ni setiap hari," tambahnya.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya mengakui turut melalui situasi sama.

Tidak kurang juga yang berkongsi kaedah lain bagi mengelakkan diri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Warga maya turut mengakui kesukaran yang sama sepertinya.

Warga maya turut mengakui kesukaran yang sama sepertinya.

"Kalau mampu, naiklah motor. Banyak perkara boleh jimat, berisiko atau tak... nombor dua, kalau sendiri yakin.

"Saya dah bertukar nai MRT sejak tempat kerja dekat dengan stesen... dalam proses untuk tidak lagi ke tempat kerja selepas ini.

"Aku pun nak pindah jauh dari bandar, nak nangis rasanya hadap 'jam' setiap hari.

"Aku pun tak tahu macam mana boleh hadap kesesakan hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang rasa macam bodoh pun ada sebab buang masa kat atas jalan," ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain