suria

Restoran gamat gara-gara dua budak lelaki, suka hati hempas pinggan! Mak ayah pula ‘enjoy’ buka puasa tanpa rasa bersalah

Adab ketika berada di tempat awam perlu diasuh sejak kecil. -Gambar hiasan

GELAK tawa anak kecil sememangnya menghiburkan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Namun situasi berbeza apabila suara jerit pekik serta tangisan keterlaluan kedengaran di tempat umum terutama di lokasi sesak dan padat seperti restoran.

Mereka yang berada di kawasan sekitar pasti berasa terganggu kerana tidak dapat menumpukan perhatian pada hidangan mahupun berbual bersama rakan atau keluarga.

Perkara sama dilalui wanita ini ketika dia sedang menikmati juadah berbuka puasa di sebuah restoran terkenal di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu.

Buffet Ramadan antara tumpuan umat Islam di Malaysia. -Gambar hiasan The Star

Buffet Ramadan antara tumpuan umat Islam di Malaysia. -Gambar hiasan The Star

Berkongsi situasi yang dialami di laman X, dia meluahkan rasa terkilan apabila ibu bapa kepada kanak-kanak yang menjerit dan membuat bising itu tidak menegur perilaku anak mereka.

"Kepada mak ayah yang duduk di meja nombor 60, anda adalah antara mak ayah paling tak beruna aku pernah jumpa.

"Dua-dua anak menjerit sekuat hati, ayah main telefon... makan buat bodoh. Mak pula macam tak ada effort," ujarnya geram.

Lebih mengecewakan apabila pasangan tersebut seolah-olah tidak mengendahkan 'jelingan' yang diberikan pengunjung restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ditegur suka bawa anak kecil masuk surau mall, mengganggu dan sempit - “Terpaling nak khusyuk ni, bising pun tak boleh”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak lelap dalam feri pun susah, budak-budak terpekik sambil berlari... Penumpang geram mak ayah buat ‘bodoh’, ini bukan taman tema!

Malah mereka berterusan membiarkan anak-anak menjerit serta menghempas sudu dan pinggan di atas meja.

"Anak dia dua-dua lelaki. Satu dalam kerusi bayi, satu lagi dah besar... seorang jerit, seorang lagi jerit lagi kuat.

"Ayah dia buat bodoh, anak dalam kerusi bayi tu hentak sudu pinggan semua pun buat bodoh juga," tambahnya lagi.

Dah jadi parent ni, kalau anak bukan jenis behave... lupakanlah hasrat nak makan kat tempat awam.

WARGA MAYA

Bagi wanita ini, tindakan tidak bertanggungjawab pasangan terbabit menunjukkan bahawa mereka masih tidak layak memikul tugas sebagai ibu mahupun bapa.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya turut melahirkan rasa geram terhadap pasangan suami isteri tersebut.

"Dah jadi parent ni, kalau anak bukan jenis behave... lupakanlah hasrat nak makan kat tempat awam, baik tapau makan kat rumah. Tunggu anak besar sikit dan dengar cakap baru makan luar.

"Bapa dan mak aku, kau mula jerti je kena tampar depan orang. Memang mereka tak peduli punya, kau menangis je kena tampar lagi dan kena sebat balik rumah.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Ibu bapa hari ini memang tak ada otak sebab tak boleh dimarahi, didenda, ditegur masa di sekolah. Salahkan masyarakat nak jaga hati budak lebih dari mengajar hormat orang.

"Bagi je telefon pada anak tengok kartun. Siapa komen kenapa bagi anak main telefon, kau campak telefon tu kat muka dia," ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, ruangan komen balasnya juga turut dipenuhi dengan segelintir netizen yang beranggapan wanita ini tidak memahami dunia kekeluargaan dan situasi dilalui ibu bapa.

"Habis tu, nak parent tu henyak dan lempang anak kat situ? Aku bukan nak lebihkan mak ayah tapi mereka pun stres juga. Nak bungkus, lapar... tolong simpati pada mak bapa juga.

"Takutnya nak bawa anak keluar makan kat kedai, zaman sekarang semua macam (pelayar X) ni ke?," ujar segelintir netizen pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain