suria

Wanita terkedu hadap PS sombong, tanya harga beg dilayan macam orang tak berduit - “Kalau susah, tak beli pun tak pe”

Peniaga seharusnya melayan setiap pelanggan dengan baik dan sama rata. -Gambar hiasan

SEBAGAI seorang pembeli yang bijak berbelanja, sudah pasti harga antara yang akan dilihat terlebih dahulu sebelum membayar untuk sesuatu barangan.

Tidak kiralah sama ada membeli di kedai, secara dalam talian atau menggunakan khidmat pembeli persendirian (personal shopper), pembeli bijak tidak akan sewenang-wenangnya membuat pembayaran walaupun mempunyai banyak wang.

Namun seorang wanita berkongsi kisah menerima layanan yang dianggap kasar apabila dia meminta senarai harga beg yang dijual oleh seorang 'personal shopper'.

"Saya tanya harga beg pada personal shopper (PS) di Instagram Story, sebab di Telegramnya (barang sama) tiada senarai harga.

,m

Peniaga perlu memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli yang memuaskan. -Gambar hiasan

"Tiba-tiba dia marah-marah, dia kata kalau rasa susah, tak beli pun tak apa. Sombongnya dia, saya kurang ajar ke dengan dia? Tak kan?" ciapnya sambil mendakwa peniaga tersebut hanya melayan baik golongan T20.

Berdasarkan perkongsian tangkap layar mesej perbualan mereka berdua, peniaga terbabit mengaku sengaja tidak meletakkan tanda harga pada barang-barang yang dijualnya.

"Memang saya tak letak harga. Semua pelanggan nak beli memang akan tanya harga dulu," katanya.

Menurut wanita itu, tujuan dia menghantar mesej kepada PS itu hanya untuk meminta senarai harga beg yang dijual, namun terkejut apabila dirinya dimarahi.

Wanita itu kemudian cuba memberi penjelasan mengapa dia meminta senarai harga secara peribadi, namun peniaga berkenaan masih memberi jawapan yang didakwa kasar.

"Saya tanya bukan sebab nak serang awak, saya hanya nak membeli. Saya tak minta awak letak harga di IG Story pun, saya tahu awak ada Telegram dan saya dah follow pun.

ARTIKEL BERKAITAN:Khidmat 'Personal Shopper' Makin Popular

ATRIKEL BERKAITAN:Personal shopper mengaku scammer! Mak ayah dah terbuai hidup senang, sedap makan duit pelanggan sampai berhenti kerja

"Leceh kalau setiap 'design' saya kena tanya harga. Tapi ada juga barangan yang awak letak harga, macam alat solek itu. Cuma beg itu tak ada harganya.

"Jangan marah, saya potential customer awak. Kalau saya tanya semua harga, nanti tak menang tangan awak nak layan," katanya kepada personal shopper tersebut.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya apabila dirinya disindir pula oleh peniaga tersebut seolah-olah dia tidak mempunyai wang untuk berbelanja.

WhatsApp Image 2024-04-02 at 15.54.39

Komen warganet.

"I letak harga (alat solek) tu you beli tak ? Silap-silap I bagi 80 senarai harga pun you tak jadi beli sis.

"Kalau serious buyer, dia minat barang, tanya harga terus beli. Non potential buyer, tanyalah 80 kali sekali pun, belum tentu beli, sebab sebenarnya nak survey je.

"Takkan ada 80 jenis design beg awak nak tahu semua harga, belum tentu nak beli 10 beg kan? Mesti hanya tiga atau lima saja yang berkenan," balas peniaga itu.

Menerima balasan sebegitu, pelanggan tersebut nampak terkedu mungkin tidak menyangka perbualan menjadi tegang hanya kerana bertanyakan harga beg.

Sombongnya dia, saya kurang ajar ke dengan dia? Tak kan?

PENGGUNA

Di ruangan komen warganet turut terkejut mendapat tahu cara peniaga itu menjawab pertanyaan seorang pembeli.

"Kalau saya mesti terus tak jadi nak beli, saya lebih suka kalau dah sediakan senarai harga, tak perlu saya tanya banyak kali. Pilih dan terus beli.

"Ya Allah, kenapa dia balas macam itu? Dia merendahkan potential customer. Tak kisahlah dari pelosok mana pelanggan itu datang, mesti kena layan baik-baik.

"Kalau berniaga dalam talian pun wajib pamerkan harga tau. Saya ikut ramai je PS, semua letak harga. Kenapa nak susahkan diri dan orang lain. Kurang ajar pula tu," antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain