SETELAH berkali-kali dikhianati, wanita ini akhirnya nekad untuk berpisah dengan suami yang berlaku curang. Kemelut dalam rumah tangganya bermula apabila lelaki itu kantoi bermain aplikasi janji temu sewaktu isterinya sedang hamil anak pertama mereka. Bagaimanapun, Nrlia Farazah memilih untuk memaafkan suami yang bersungguh-sungguh menunjukkan keinsafan dengan syarat, jika berlaku lagi kecurangan maka akan berlakulah penceraian antara mereka berdua. "Sebelum ni suami pernah kantoi main Omi, mengatakan diri dia bujang pada semua perempuan yang dia kenal dekat aplikasi tu. Kesetiaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan "Pada masa tu saya tengah mengandung. Bila saya dapat tahu, dia mula merayu minta maaf dan berjanji jika dia mengulangi kesalahan, maka akan jatuh talak," ujarnya dalam perkongsian di grup Facebook Tanya Peguam. Namun, peluang yang diberikan nyata tidak dihargai apabila suaminya sekali lagi 'ditangkap' mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas isterinya bersalin. Malah, lelaki itu turut terbabit dalam aktiviti judi atau pertaruhan wang menerusi aplikasi Telegram. Serik dengan sikap pasangannya, wanita ini mengumpul segala bukti kecurangan si suami. ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ’swipe’ Omi, peniaga nasi dagang Terengganu akhirnya jumpa jodoh... Kagum suami berani jumpa keluarga sebelum bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tolong potong kuku, suap makan demi tagih kasih suami... Tapi akhirnya kecewa, tetap dicurangi! "Selepas saya lahirkan anak kami, dia berubah tapi itu cuma sekejap je. Dia mula buat balik perangai dia yang main Omi dan mengaku bujang pada semua kenalan dekat Omi. "Bila saya tanya, dia cakap tu 'bukan' padahal itu nombor telefon dia yang didaftarkan dekat aplikasi sejak dia mula-mula curang sampai kantoi buat kali kedua. Saya dah kumpulkan bukti malah dia bermain judi dalam talian. "Bila saya tanya, dia nafikan siap bersumpah atas nama Allah bukan dia. Pada mulanya saya percaya, lama-lama kantoi yang dia main judi dan Omi siap muat turun aplikasi Telegram untuk cari perempuan dan puaskan nafsu dia," katanya. Menurut Nrlia, berdepan situasi ini, kesihatan mentalnya menjadi semakin teruk dan dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya. Berjanji tak akan main Omi dan sekiranya dia main lagi, akan jatuh talak. NRLIA Memandangkan suaminya telah memungkiri janji, Nrlia memutuskan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. "Bukti kecurangan dari mula-mula dia main Omi sehingga kali kedua saya sudah kumpulkan tapi dia pandai play victim. Dia akan tunjuk dekat orang luar bahawa dia baik. Padahal hakikatnya hanya saya yang tahu perangai dia macam mana. "Ye memang dia tidak pernah naik tangan tapi bab-bab macam ni sumpah saya tak boleh. Berjanji tak akan main Omi dan sekiranya dia main lagi, akan jatuh talak. Masalahnya dia ulang kesilapan siap muat turun Telegram nak cari perempuan untuk puaskan nafsu dia bila keluar outstation. "Saya ada seorang anak perempuan dan paling teruk dia selalu kata saya berlebihan padahal dia sudah berjanji tidak akan ulangi semua, akhirnya dia tetap buat lagi," jelasnya lagi. Komen netizen pada hantaran dibuat. Hantaran tersebut meraih pelbagai pendapat netizen di media sosial yang memberikan cadangan kepada wanita ini susulan masalah rumah tangga dikongsikan. Rata-ratanya mencadangkan supaya dia merujuk masalahnya ke mahkamah untuk dapatkan nasihat bagi tindakan selanjutnya. "Buat pengesahan taklik di mahkamah. Tak lama pun, sekejap je dah selesai. Kalau suami tak nak mengaku, puan sudah ada bukti. Cuma bukti paling penting, lafaz taklik yang dia buat. "Kalau bukti main Omi dan sebagainya tu tak ada bukti, lafaz taklik jadi payah juga. Kalau dia tak mengaku lafaz taklik, akan jadi panjang kes naik turun mahkamah," komen salah seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube