suria

Baru tahu ada laluan rahsia balik raya ke Pantai Timur... Kurang sikit trafik di Plaza Tol Gombak dan Karak

Ramai anak perantau pulang ke kampung sempena lebaran. -Gambar hiasan

SETIAP kali tibanya musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya akan meningkat sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Perantau yang pulang ke negeri Pantai Timur juga sering berdepan situasi sama saban tahun, malah ada yang mengambil masa sehingga 14 jam untuk tiba ke kampung halaman.

Terbaharu, seorang pelayar TikTok dikenali sebagai Ajmal meraih perhatian netizen apabila dia berkongsi laluan rahsia yang boleh digunakan untuk pulang beraya ke Pantai Timur.

The traffic situation is congested at the gombak toll plaza from Kuala Lumpur heading towards the east coast following the Eid al-Adha holiday.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Kesesakan luar biasa di Plaza Tol Gombak setiap kali tibanya musim perayaan. -Gambar hiasan

Menurut Ajmal yang juga guru kursus kahwin, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan itu jika mereka tidak mahu berdepan kesesakan trafik di Tol Gombak dan Karak.

"Laluan rahsia balik raya Pantai Timur. Boleh elak kesesakan di Plaza Tol Gombak dan Karak. Masa lalu Lebuhraya Lekas, keluar ke Temiang-Pantai Highway di Seremban.

"Dari Pantai ke Kuala Klawang, Jelebu ke Simpang Pertang ke Kemayan. Lepas tu jumpa Triang. Kemudian Bera. Sampai Temerloh, boleh singgah beli ikan patin segar.

Benda rahsia janganlah hebohkan, tak rahsia jadinya... makin sesak nak balik kampung.

NETIZEN

"Boleh masuk balik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh. Masa perjalanan empat jam dari Seremban ke Temerloh," kongsi Ajmal.

Selepas memasuki semula LPT, pengguna jalan raya boleh meneruskan perjalanan mereka untuk ke Pahang, Terengganu atau Kelantan.

Video yang dikongsinya menerusi TikTok itu meraih lebih setengah juta tontonan, malah ia turut dihujani komen mereka yang tidak bersetuju dengan pendedahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang mengata, suami enggan tempah hotel beraya di kampung! Isteri takut bersuara walau tak selesa, jaga aurat

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdosa ke kalau tak balik beraya?” - Ibu asyik suruh pulang ke kampung, tak faham anak di kota ‘pening’ tak cukup bajet

"Benda rahsia janganlah hebohkan. Tak rahsia jadinya. Punah la kami nanti makin sesak nak balik kampung.

"Alamak, janganlah suggest jalan ni. Risau sini pun jem juga.

"Aduh ini laluan rahsia nak pergi Kelantan atau Terengganu kalau travel. Lebih cepat dan jimat tol. Cuma tak saran lalu malam.

"Ish... tak payah ikut jalan ni. Jalan pusing-pusing nanti pening. Biar saya je lalu," tulis netizen berseloroh.

raya2

Perantau yang berasal dari Terengganu dan Kelantan berdepan perjalanan panjang setiap kali tibanya musim perayaan. -Gambar hiasan

Namun, ada juga yang memberitahu laluan tersebut sebenarnya agak jauh berbanding laluan biasa untuk ke Pantai Timur.

"Ni bukan rahsia. Nak tambah masa perjalanan. Nak lepas Kuala Pilah pun sejam lebih.

"Nak lalu sini pastikan kereta tak buat hal, makanan dan air segala cukup. Sini tiada kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

"Ikut jalan Gombak lama lagi dekat. Tapi bergegar la sikit kereta," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain