suria

Baru pindah rumah, jiran sebelah reka cerita hantu! Makin toksik cari gaduh isu sisa dalam tong sampah

Sesetengah individu mengalami tekanan gara-gara terpaksa berdepan dengan karenah jiran yang bermasalah. -Gambar hiasan

ADAT hidup berjiran, ada ketikanya pasti berlaku salah faham atau berselisih pendapat disebabkan isu tertentu.

Lazimnya, ia berpunca akibat salah satu pihak yang terlalu mementingkan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita mengenai jirannya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, jirannnya boleh dikatakan toksik kerana suka mencari pasal sehingga membuatkan dia 'terseksa' sejak berpindah ke kawasan perumahan tersebut.

jiran 1 new

Salah satu adab berjiran adalah bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Saya baru duduk dekat sini tiga bulan. Awal-awal saya nak duduk sini, jiran saya tegur dan pesan rumah ada hantu tapi saya tak layan.

"Masuk bulan kedua, dia pesan jangan main tangga. Rumah kami teres jenis dua tingkat dan bertangga jenis kayu. Masalahnya tak ada siapa main tangga.

"Saya dah tanya jiran-jiran (lain), memang jenis ni (tangga kayu). Kalau kita jalan, jiran sebelah dengar. Begitu juga kalau jiran saya berjalan, kami dengar. Tapi saya tak layan juga," kongsinya dalam satu hantaran di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hobi’ jiran suka park depan rumah orang, satu hal kena pergi ‘mengemis’ suruh alih kereta! Dah bebel sebakul tetap tak minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati

Tambah wanita tersebut, setiap masa ada sahaja isu yang ditimbulkan jirannya itu yang membuatkan dia dan keluarganya bertambah rimas.

"Masuk bulan ketiga, dia cari masalah tapi masalahnya bukan daripada kami... dia salahkan kami. Ada hamba Allah tumpang parking depan rumah saya untuk berbuka... kami tak kenal pun. Mungkin runner.

"Nak dijadikan cerita, selepas berbuka (orang itu) buang sampah dalam tong jiran saya. Jiran tak terima dan salahkan kami... dia cakap itu adalah suami saya.

"Sekarang dia pasang CCTV dan banyaklah rakaman video kereta-kereta yang parking lebih sikit dekat kawasan dia... tapi bukan (kereta) kami.

"Dia salahkan (orang hantar) anak asuhan. (Mereka) parking depan rumah saya hanya beberapa minit untuk ambil dan hantar je. Tak pernahlah lagi sampai menyusahkan dia," ceritanya panjang lebar.

Buat cover report dulu charge ugutan. Kalau kemudian hari dia dah buat kerosakan atau sentuh fizikal harta, polis dah ada report.

NETIZEN

Lebih membuatkan hatinya bertambah sakit, jirannya mengugut untuk membuat laporan kepada polis dan menggunakan rakaman video daripada CCTV untuk menyokong dakwaan mereka.

"Apa perlu saya buat ya? Nak pindah, kami bukan orang senang. Saya diam je tak layan. Ramai jiran cakap memang dia bermasalah," luahnya meminta pandangan warga maya.

Di ruangan komen, ramai yang menyarankan wanita berkenaan agar melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa atas tujuan keselamatan.

komen jiran

Sebahagian netizen berkongsi cadangan dan pandangan terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Buat cover report dulu charge ugutan. Kalau kemudian hari dia dah buat kerosakan atau sentuh fizikal harta kau, polis dah ada report kau... senang kerja.

"Abaikan je. Kalau dia masih buat lagi, awaklah pula pergi buat report polis sebab ganggu ketenteraman," komen netizen.

Tidak kurang juga ramai yang senasib dan berkongsi kerenah jiran masing-masing di ruangan komen.

"Macam saya kena sekarang. Jiran toksik. Dia yang bermasalah. Patutlah owner lama jual rumah kepada saya murah. Rupanya tak tahan perangai anak-beranak toksik.

"Sama macam jiran saya. Naik tengok tangki rumah sendiri, dia pergi call polis cakap ada orang ceroboh rumah dia," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain