suria

Nak ‘lari’ trafik sesak, geng menuju Pantai Timur sanggup U-turn mengejut tengah lebuh raya - “Mohon guna akal”

Video tular menunjukkan aksi berbahaya segelintir pemandu di lebuh raya.

TATKALA Ramadan bakal melabuhkan tirainya, lebuh raya di serata negara dilihat mulai sesak dengan kenderaan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

Kesesakan lalu lintas pastinya menguji kesabaran, bayangkan berjam-jam tersekat di dalam ruang kecil dengan pergerakan yang terhad, sudah tentunya boleh mati akal.

Trafik padat pada musim perayaan menjadi kelaziman apabila melibatkan lebuh raya utama yang menghubungkan zon utara dan pantai timur Semenanjung seperti Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Timur-Barat.

Pusingan-U dibuat pemandu untuk melarikan diri daripada kesesakan lalu lintas.

Terbaharu tular video di laman X memaparkan sekumpulan pemandu dipercayai di lebuh raya Seksyen 5A: Raub ByPass (Pahang) membuat aksi berbahaya bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Untuk rekod, Seksyen 5A: Raub ByPass merupakan sebahagian daripada Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dibuka pada 7 Mac lalu, dan dikatakan dapat memendekkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi video tersebut yang dirakam seorang penumpang wanita, mereka dilihat melakukan pusingan-U secara mengejut di tengah lebuh raya untuk berpatah balik ke belakang apabila melihat trafik semakin sesak di hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kritik tandas awam Kelantan teruk! Ramai setuju, tapi makan sedap - “Terus rasa gatal semacam kat private area”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua anti lelaki Kelantan, halang cinta anak... Bagi alasan tak mahu dapat keturunan pemalas!

Mereka dipercayai bertindak sedemikian kerana mahu melawan arus untuk mencari susur keluar terdekat dan enggan membazir masa terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

"Aduh panjangnya (lalu lintas), jom la kita patah balik, sayang. U-turn sek mung (kalian). Cepat U-turn weh.

"Sek mung jangan lalu highway baharu ni, parok (tenat)" ujar wanita itu kepada pasangannya dengan sedikit campuran dialek Pantai Timur.

Gelagat yang dirakam itu mengundang kecaman hebat warga maya kerana dikatakan boleh merisikokan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.

Saya perasan untuk tahun ni, belum masuk Syawal lagi pun, tapi ramai orang daripada Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan dah buat onar.

WARGA MAYA

"Ini adalah satu perbuatan yang saya boleh anggap tak berakal langsung, sangat besar kemungkinan untuk terjadinya kemalangan. Bayangkan kalau ada treler tengah laju dekat belakang, habis kena 'sapu' semua.

"Hadap je la jam seperti orang lain. Nama pun raya, apa yang berharga sangat masa kau tu? Kalau terjadi apa-apa tak ke menyusahkan semua pihak, tragedi berdarah menunggu. Harap fikir masak-masak sebelum buat sesuatu.

Keadaan lebuh raya menghala ke Pantai Timur yang mendukacitakan.

"Saya perasan untuk tahun ni, belum masuk Syawal lagi pun, tapi ramai orang dari Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan dah buat onar. Baru semalam ada orang mengadu sampah dibuang merata di Lebuhraya Pantai Timur.

"Ini orang Kelantan yang datang dari bandar untuk pulang beraya di desa, sepatutnya berkerjaya dan berpendidikan, tapi mengapa perangai masih kekampungan?" ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain