suria

Gadis kereta rosak jadi asbab, pemuda ini akhirnya dapat balas budi ‘pakcik’ murah hati - “Indah Allah atur kehidupan kita”

Fahmi percaya kepada perancangan Allah tentang budi yang baik dibalas baik.

SEKECIL atau sebesar mana pun kebaikan yang dilakukan, pasti Allah akan hadirkan ganjarannya tanpa kita duga.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan pemuda bernama Fahmi Huzairi mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki berpangkat 'pakcik' yang pernah membayar makanannya, kira-kira setahun lalu.

Menariknya, pertemuan kali kedua tanpa diduga itu seolah-olah jawapan kepada doa yang dipohonnya agar dia dipertemukan semula dengan individu sama kerana mahu membalas budi baik insan berkenaan.

Menurut Fahmi, segalanya bermula apabila dia didatangi seorang wanita muda yang meminta bantuan selepas enjin keretanya gagal dihidupkan.

"Saya pergilah dekat kereta dia. Dalam kereta ada seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) tak ada sebelah kaki, mak dan ayah dia yang agak lanjut usia.

"Saya pun jumping bateri kereta dia dengan powerbank, tapi kereta tak boleh start juga. Minyak habis rupanya," cerita pemuda berkenaan mengimbas kembali insiden yang berlaku pertengahan Ramadan lalu.

BENGKEL 2

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. -Gambar hiasan

Ketika diberitahu mengenai punca sebenar enjin keretanya gagal dihidupkan, Fahmi berkata riak wajah gadis berkenaan terus berubah menjadi gelisah.

"Masalahnya saya tak ada duit dah bang. Tadi pergi bawa adik dan mak ayah beli baju raya, makan-makan. Duit dah habis bang. Mereka tak tahu saya dah habis duit ni.

"Tak apa dik, rezeki adik jumpa saya malam ni. Saya tolong belikan minyak dalam tong. Apabila kereta boleh start nanti, adik pergi stesen minyak isi minyak kereta penuh. Saya bagi duitnya. Jangan sedih," ujar Fahmi mengingati kembali perbualan dengan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda syukur ‘orang baik’ jumpa dompet tercicir, siap tolak sagu hati... Pasrah kena ‘bebel’, tahu kecuaian sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Vespa jujur pulangkan laptop, duit dalam beg pun tak sentuh... Tauke kafe lega, janji nak belanja makan satu keluarga

Selepas selesai membantu membeli dan mengisi minyak petrol, enjin kereta wanita berkenaan berjaya dihidupkan.

Tambah Fahmi, wanita berkenaan pada mulanya menolak untuk menerima wang yang dihulurkannya, namun akhirnya mengalah selepas dia bertegas mahu membantu.

Indahnya perancangan Allah... terima kasih di atas perkongsian yang membuka hati kami.

NETIZEN

"Dah siap tu saya bersalaman la dengan adik dia dan ayah dia. Ayah dia pula selit RM20 dalam poket seluar saya tanda terima kasih.

"Biasanya lepas tolong orang, saya suka tanya apa amalan baik yang dia dah buat sampai Allah atur dan buka hati saya untuk membantu,.

"Tapi dengan awek tadi saya tak tanya sebab dah tahu sebabnya kenapa Allah permudahkan urusan dia. Ayah awek tu tahun lepas pernah bayarkan sarapan saya.

"Saya ingat lagi, masa tu terdetik hati saya berdoa... 'semoga aku juga ada peluang balas budi orang yang belanja aku tadi satu hari nanti'

"Allah makbulkan doa saya dalam keadaan pakcik tu tak cam pun saya. Indah cara Allah mengatur kehidupan kita... buat baik dibalas baik," kongsinya lagi.

KOMEN 1

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih di atas perkongsian pemuda berkenaan.

Hantaran pemuda tersebut meraih sehingga 357 shares di Facebook, dengan ruangan komen dibanjiri doa serta ucapan terima kasih warga maya kepada pemuda itu di atas perkongsian kisahnya yang penuh keinsafan.

"Sedih, sayu, berterima kasih dan semua perasaan bercampur-baur... terharu baca.

"Indahnya perancangan Allah. Terima kasih di atas perkongsian yang membuka hati kami.

"Tak pernah tak baca sampai habis... always inspiring," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain