PENGORBANAN seorang wanita bergelar ibu yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buat suaminya ibarat perjuangan antara hidup dan mati. Belai dan hargailah mereka sebaik mungkin kerana ia boleh membantu mengurangkan beban kesakitan fizikal dan mental akibat proses kehamilan. Jangan kemudian hari nanti, timbul penyesalan di hati kerana tidak mengendahkan serta memberi sepenuh perhatian kepada isteri, sebagaimana luahan seorang lelaki ini. "Untuk suami di luar sana, kalau ada bini yang tengah sarat mengandung, tak payahlah lepak malam-malam. "Spend time bersama sebab tak tahu lepas bersalin dia masih hidup atau tidak. Ikhlas, daripada suami yang baru kehilangan isteri," tulisnya. Membantu melakukan kerja rumah juga merupakan salah satu bentuk penghargaan suami buat isteri. -Gambar hiasan Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kematian isterinya dan juga situasi bayinya. Luahan si suami yang dikongsikan di akaun @meinmokhtar di laman X mengundang simpati rata-rata warga maya. ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control” ARTIKEL BERKAITAN: “Kursus kahwin dulu sesi premium ke?” - Sweet habis... suami layan isteri pantang macam permaisuri, siap buat air booster Malah ada juga di antara mereka yang menyalahkan segelintir lelaki yang masih berlagak bujang dan suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan biarpun sudah berkahwin. Kalau masih nak lepak mamak 3 hingga 4 pagi, hujung minggu hilang merayap... kau tak payah kahwin! NETIZEN "Mungkin mereka fikir 'lepas ni tak boleh lepak dah... kena bersengkang mata jaga baby'. Itu yang lenjan lepak sampai 3 hingg 4 pagi time bini tengah mengandung tu. "Bini kau sarat mengandung anak kau juga. Balik kerja fokus dengan family... fullstop! Back then abang ipar aku pergi lepak main badminton masa kakak aku preggy. Aku dengar pun auto mendidih!" komen netizen. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ada juga di antara mereka yang menasihatkan golongan lelaki agar menangguhkan hasrat untuk berkahwin sekiranya masih belum puas hidup sebagai orang bujang. "Kalau masih nak lepak mamak 3 hingga 4 pagi, hujung minggu hilang merayap... kau tak payah kahwin! "Kalau masih tak puas hidup bujang, postpone dulu niat kahwin sampai kamu betul-betul committed," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube