suria

Nak tunjuk penat layan murid Tahun 1, cikgu ‘terpaling’ TikToker teruk dikecam... Silap besar nampak sipi-sipi muka budak!

Tangkap layar video tular seorang guru ketika di dalam kelas.

GOLONGAN pendidik memberi pengaruh besar dalam kalangan masyarakat terutama melibatkan murid sekolah.

Namun sejak kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan golongan guru terutamanya daripada segi penggunaan media sosial mencetuskan kemarahan warga maya.

Terbaharu, tular rakaman video seorang guru wanita sedang menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bersama muridnya yang berada di Tahun 1.

Meskipun hanya mahu menggambarkan situasi semasa yang dialami kebanyakan guru, namun bagi segelintir pihak tindakan berkenaan dianggap tidak profesional.

Cikgu perlu memberi contoh terbaik kepada anak murid. -Gambar hiasan

Cikgu perlu memberi contoh terbaik kepada anak murid. -Gambar hiasan

Malah ada yang mendakwa dia tidak bertanggungjawab serta melanggar etika kerana menggunakan murid sekolah sebagai kandungan video untuk kepentingan peribadi.

Tambahan pula, wajah beberapa kanak-kanak turut terdedah dalam rakaman yang dikongsi itu.

Berpandangan sama, seorang pelayar X bukan sahaja meluahkan kebimbangan malah berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas termasuk melarang para guru membuat kandungan TikTok semasa waktu persekolahan.

“Saya rasa kita boleh bersetuju secara kolektif untuk melarang guru daripada membuat kandungan TikTok semasa waktu persekolahan dan mendedahkan muka kanak-kanak di bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kemaruk buat live TikTok ketika mengajar dalam kelas, netizen tegur mata asyik tengok skrin! KPM larang, janji akan siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai... Syed Saddiq pula tegur jangan perlekeh pelajar ‘kelas belakang’

“Kementerian Pendidikan harus mengeluarkan dasar yang lebih ketat dalam hal ini. Cukup-cukuplah,” tegasnya menerusi hantaran di laman X.

Baginya dengan teknologi yang semakin canggih, apa sahaja kandungan media sosial sama ada didedahkan secara langsung mahupun tidak akan mempunyai risiko tersendiri.

“Walaupun individu berkaitan tidak didedahkan, namun dengan kecanggihan teknologi masih tetap ada risikonya. Tolong berhenti,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan rata-ratanya meminta supaya pihak kementerian mengambil tindakan tegas terhadap guru yang melanggar etika.

Best juga tengok content macam ni sebenarnya... supaya tahu, rupanya pening juga profesion cikgu.

WARGA MAYA

“Ya benar-benar setuju! Saya tidak nampak mengapa guru dibenarkan melakukan ini. Jika matlamat untuk menjadi pempengaruh, berhenti kerja anda dan jadi pempengaruh sahaja.

“Kalau nak kongsi pengalaman dalam kelas sekali pun, cukup buat live sendirian kat luar tempat kerja kemudian kongsi cerita tanpa gunakan nama sebenar. Viewer tetap faham point cerita kau, ni kalau dah rekod macam ni nampak sangat salah sendiri... dalam kelas contohnya, kawalan kelas yang lemah, tak profesional.

“Macam mana nak buat aduan pada Menteri Pendidikan? Aku dah lama geram dengan cikgu-cikgu yang buat content time mengajar ni.

“Harap ibu bapa semua usulkan hal ini di mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan pastikan usul diluluskan serta keluarkan pekeliling kepada semua tenaga pengajar,” ujar beberapa warga maya.

Warga maya turut memberikan reaksi kurang senang pada video tersebut.

Warga maya turut memberikan reaksi kurang senang pada video tersebut.

Meskipun ramai bersetuju dengan pandangan lelaki terbabit, namun segelintir lagi beranggapan ia adalah cara terbaik untuk ibu bapa mahupun penjaga mengetahui tentang realiti dan perkembangan anak masing-masing.

“Terpaling complaint kerja cikgu, tapi cikgu nak tunjuk realiti macam mana, tak boleh pula.

Best juga tengok content macam ni sebenarnya... supaya tahu, rupanya pening juga profession cikgu.

“Mungkin ada sesetengah yang berniat baik, tapi kebanyakannya buat untuk kepentingan diri sendiri dan kandungan peribadi,” tambah segelintir netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain