suria

Rancangan balik kampung terbantut, isteri adik tak bagi pinjam HRV! Abang tuduh lupa diri, ungkit ibu bayar deposit

Perselisihan faham dalam keluarga lazim terjadi gara-gara campur tangan adik-beradik atau ipar duai. -Gambar hiasan

HARI raya adalah masa terbaik untuk kita mengeratkan silaturrahim selain saling mengambil peluang bermaaf-maafan sesama keluarga dan rakan taulan.

Namun pada ketika insan lain tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan 1 Syawal, lain pula situasinya dengan keluarga individu ini.

Menurutnya, kegembiraan mereka sekeluarga untuk pulang berhari raya di kampung terbantut gara-gara satu insiden yang tidak diduga.

"Plan nak balik kampung. Naik HRV adik aku. Tapi bini dia tak bagi kami guna," tulisnya dalam satu ciapan di laman X.

Menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan hatinya hancur adalah apabila melihat ibunya tidak dapat menahan kesedihan gara-gara insiden tersebut.

DEPO 2

Salah satu punca pergaduhan suami isteri adalah disebabkan campur tangan keluarga. -Gambar hiasan

Lebih dikesalkan, dakwa individu berkenaan, adiknya seakan-akan lupa diri dan tidak menghargai jasa ibu mereka yang sebelum ini membantu urusan pembelian kenderaan berkenaan.

"Dia (adik) lupa kot masa nak bayar deposit kereta, mak aku pun tolong bayarkan sekali. Akhirnya lupa diri.

"Kesian mak aku masa cerita... bergenang air mata," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi abang ‘sambung bayar’ kereta, senyap-senyap pergi jual! Adik merana tanggung tunggakan RM10,000

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan adik, setiap bulan bayar ansuran kereta dan beri duit belanja... Isteri hamil dibiar berhimpit naik LRT pergi kerja

Tambahnya lagi, dia dan ibunya bagaimanapun enggan memanjangkan isu dan menerima keputusan pihak adiknya dengan hati terbuka.

"Mungkin sebab dia bayar lebih bulan-bulan. Saya tak tahu.

"Tak apalah mungkin nasib kami. Mungkin rezeki aku masa akan datang beli kereta besar," kongsinya lagi.

Jangan nak marah sangat adik ipar tu... dia juga yang bayar bulan-bulan.

NETIZEN

Ciapan individu berkenaan mengundang perhatian warga maya sehingga meraih lebih 3,400 ulang kicau.

Sementara itu di ruangan komen, pelbagai reaksi yang disuarakan netizen berhubung perkongsian berkenaan.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan situasi yang dilalui keluarga individu tersebut.

"Minta balik duit deposit mak. Hish kedekut. Raya pun kedekut. Semoga nanti awak dapat beli kereta besar bagi mak jalan-jalan.

"Kalau aku di tempat kau, memang kena la adik aku. Adik dengan bini dua-dua aku tepek cukup-cukup," komen netizen.

Dalam pada itu, ramai mencadangkan agar kedua-dua pihak berbincang memandangkan mereka berpendapat pemilik kereta lebih berhak ke atas kenderaan tersebut.

DEPO KOMEN

Netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian kisah individu berkenaan.

"Kadang-kadang bukan lupa diri ke apa. Berdasarkan daripada pengalaman aku dekat pusat servis kereta, banyak kereta rosak lepas bagi pinjam dekat saudara mara sampai enjin kena overhaul.

"Still kereta adik. Apa-apa jadi, adik yang tanggung. Kena saman, atas nama adik.

"Jangan nak marah sangat adik ipar tu. Dia juga yang bayar bulan-bulan. Mungkin juga dia nak guna... musim raya kan.

"Dah tolong bayar deposit tu tak bererti kereta tu partly milik kau. Niatnya kau nak meminjam," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain