PELBAGAI ragam daripada bermacam manusia dapat diperhatikan ketika di jalan raya. Antaranya mereka yang gemar memandu secara melulu atau mereka yang terbiasa membuang sampah di merata tempat sehingga mencemarkan kawasan sekitar. Baru-baru ini tular aduan di laman X memaparkan keadaan kotor di bahu jalan Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang dek sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya. Pemandangan kurang enak di Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang. -Foto alamflora Dalam satu hantaran lain, seorang pemuda tampil berkongsikan kisah bagaimana dia pernah menjadi saksi kepada perlakuan jelik berkenaan. Dakwa lelaki itu, pelakunya merupakan seseorang yang berasal daripada negeri Kelantan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan dan dialek yang didengarinya ketika ketegangan antara mereka berdua. "Kampung aku dekat Padang Tengku, Pahang. Jadi rumah aku dekat je dengan highway yang tengah viral ni. Pernah sekali aku terserempak depan mata puak yang suka buang sampah ni. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki ARTIKEL BERKAITAN: “Asal Kelantan, patutlah pengotor” - Baru 8 hari masuk universiti, pelajar dah kena hentam... masak mi segera dalam baldi, 7 rakan sebilik join sekali "Aku waktu tu dengan kawan dalam perjalanan nak beraya ke Merapoh, Pahang, tiba-tiba ada satu kereta ni dengan plat D serta stiker Red Warrior terpampang besar pergi buang sampah depan kereta aku. "Aku pun hon panjang la dekat kereta tu. Kemudian aku terus potong kereta dia. Tak lama selepas tu dia kejar aku balik nak potong, mungkin ego tercalar kot nak lepaskan geram. "Apabila kereta kami dah bersebelahan, mereka turunkan tingkap dan jerit dalam loghat Kelantan... nak gocoh (gaduh) ke, demo (kamu) berhenti tepi. Sentap betul tu," cerita lelaki tersebut. Saya sebagai anak jati Kelantan mohon maaf sangat ada sesetengah orang saya berperangai begini. WARGA MAYA Enggan memanjangkan isu, lelaki itu dan rakannya meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kumpulan jejaka yang beremosi terbabit. "Tegur pasal buang sampah pun boleh melenting macam tu. Buang masa nak layan mereka yang keras kepala ni. Ibarat mencurah air ke daun keladi. "Setiap tahun isu sama berulang, banyak peringatan dah orang berikan dekat media sosial sampai masuk berita, tak berubah pun. Jadi di mana masalahnya sebenarnya?," soal lelaki itu buntu. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat isu kebersihan adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sejak awal usia. "Saya rasa ada satu generasi dekat Kelantan ni yang bermasalah nak jaga kebersihan. Pernah saya pergi satu masjid ni yang ramai orang Kelantan pergi, memang kotor daripada tandasnya sampailah ke lampin bayi biar atas lantai je. "Inilah kita namakan sebagai mentaliti, tak boleh pukul rata. Ada je kawan Kelantan saya yang okay. Malu negeri yang dinamakan serambi Mekah tapi masih kolot lagi. "Saya sebagai anak jati Kelantan mohon maaf sangat ada sesetengah orang saya berperangai begini... malu sungguh ambo (saya)," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube