suria

Dendam masih membara, wanita nak heret bekas suami ke muka pengadilan walau terbuka aib - “Dia pernah rogol saya”

Banyak kes di mana ramai lelaki yang culas memberi nafkah kepada isteri masing-masing. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti tidak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian.

Ada yang diuji dengan masalah kesihatan, kedudukan kewangan, sikap buruk pasangan, masalah campur tangan keluarga dan sebagainya sehingga ada sesetengah kes, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini menerusi laman Facebook Peguam & Pengguna Malaysia (PPM).

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia dan bekas suami bercerai selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, gara-gara sikap lelaki tersebut yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

"Sepanjang perkahwinan, dia culas nafkah dan tanggungjawab. Saya depression dan burn out teruk disebabkan ini.

"Hari-hari gaduh minta dia put more effort dalam rumah tangga, tolong uruskan anak, tolong uruskan rumah. Tapi tak ada.

nikah

Segelintir pasangan memilih untuk bernikah selepas terlanjur. -Gambar hiasan

"Enam tahun saya tunggu... langsung tak ada. Saya punya emosi dan fizikal (terjejas) teruk sebab penat, burn out uruskan rumah tangga dan anak seorang," luahnya.

Malah wanita tersebut mendakwa, bekas suaminya itu juga sering kali memburukkan dirinya di hadapan keluarga mentua bagi menimbulkan rasa benci kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi kisah sedih, bapa tergamak catu nafkah anak... Beri RM100 makan minum sebulan, tapi diri sendiri belanja RM600

"Dia cakap saya tak tolong dia financially langsung. Padahal duit gaji (saya) habis tiap bulan untuk top-up mana yang mampu untuk tolong dia," jelas wanita berkenaan.

Apa yang membuatkan dirinya semakin bengang dan tertekan, wanita itu mendakwa bekas suaminya tetap culas memberi nafkah untuk anak tunggal mereka selepas bercerai.

Disebabkan itu, wanita tersebut berkata dia mahu membongkar perbuatan terkutuk bekas suaminya dan mengheret lelaki tersebut ke muka pengadilan, bertujuan untuk memberi pengajaran.

Baik buat tuntutan nafkah. Kes rogol tu perlu bukti banyak dan detail. Buang duit, buang masa.

NETIZEN

"Saya pernah dirogol olehnya dulu. Bagi menutup kesalahan dia, dia kahwin dengan saya. Saya tak pernah reda dan maafkan perbuatan dia, walaupun dia cakap, dia buat macam tu sebab sayang dan tak nak bagi saya berkahwin dengan orang lain.

"Saya ada sempat record, pengakuan dia yang mengakui perbuatannya. Boleh ke saya report tentang kes rogol dulu? Atau dah terlambat sangat?

"Kenapa saya tak buat (laporan) dulu? Sebab saya takut. Sampai hari ini tak ada orang tahu pasal kes ni, even my family. Saya seorang dengan dia je tahu," kongsinya.

komen rogol

Pandangan yang dilontarkan sebahagian netizen.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan pandangan serta reaksi yang pelbagai.

Bagaimanapun, rata-ratanya menyarankan agar wanita berkenaan tidak meneruskan hasrat tersebut kerana hanya mengaibkan diri sendiri.

"Tuhan dah tutup aib kita, kenapa perlu nak dedahkan kerana dendam.

"Awak pun dah kahwin dan punyai anak dengan dia. Move on saja untuk kehidupan yang lebih baik.

"Baik buat tuntutan nafkah. Kes rogol tu perlu bukti banyak dan detail. Buang duit, buang masa. Tuntut untuk anak tu, lagi kesian dekat anak.

"Report nanti dia kena jail... nak bagi nafkah macam susah je. Baik fail mahkamah untuk nafkah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain