suria

Wanita cantik dilanyak, diludah gara-gara mulut lancang! Padah samakan wajah lelaki dengan ‘alien’

Tangkap layar video seorang lelaki menampar dan meludah seorang wanita berkali-kali.

KESABARAN setiap manusia ada hadnya, lebih-lebih ketika diprovokasi dengan kata-kata cacian dan hinaan.

Begitulah yang berlaku di sebuah restoran apabila seorang pelanggan lelaki bertindak membelasah seorang wanita yang didakwa menghina wajahnya.

Menerusi video yang tular di media sosial, gadis berkenaan yang duduk di belakang lelaki itu didakwa menyamakan mukanya seperti alien.

"Najis sangat, macam alien datang sini," demikian kata wanita berbaju merah itu menerusi video berdurasi 24 saat.

Wanita itu berkata sesuatu kepada lelaki yang duduk dibelakangnya.

Dipercayai insiden berlaku ketika mangsa sedang melakukan penstriman video sehingga aksinya dipukul disaksikan netizen.

Bukan sahaja ditampar berkali-kali, malah wanita turut diludah di mukanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori viral sebab kacak mengaku guna filter! Kena ‘face shaming’ di media sosial, jumpa depan-depan ramai je ajak selfie

ARTIKEL BERKAITAN: Guna filter di TikTok, pemuda muka berjerawat dihina gadis ketika keluar dating - “I dah bagitau kawan-kawan yang you ni handsome”

Pertelingkahan yang berlaku mencetuskan kekecohan di premis tersebut yang turut disaksikan beberapa pelanggan lain.

Difahamkan kejadian berlaku di Indonesia berdasarkan pertuturan wanita itu.

Jika boleh lakukan sebegini kepada wanita, pasti esok dengan isteri sendiri pun diperlakukan begitu.

NETIZEN

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan punca sebenar insiden berlaku.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan menghina wajah seseorang atau face shaming sebagai tindakan yang melampau dan tidak wajar.

Malah ada yang menyamakan tindakan wanita itu seperti peribahasa 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.

Kekasih lelaki itu cuba meleraikan pergaduhan.

"Habuan mulut laser. Kerana mulut, kan dah kena ludah.

"Padanlah muka, lain kali mulut kena jaga. Kalau tak tahan nak kutuk, kutuk dalam hati .

"Dia pun guna filter," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen membantah tindakan lelaki berkenaan yang menggunakan kekerasan dan keganasan.

"Mulut puaka kau balas balik mulut puaka, tak perlu memukul. Perempuan bolehlah kau pukul. Kalau kat Malaysia ni report biar dia ke dalam (lokap). Suka-suka hati nak memukul. Negara ada undang-undang.

"Lelaki baran! Jika boleh lakukan sebegini kepada wanita, pasti esok dengan isteri sendiri pun diperlakukan sebegini.

"Walau apapun yang dikatakan, lelaki itu tak patut menggunakan kekerasan secara fizikal. Harap dia (mangsa) ambil tindakan undang-undang," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain