PERAYAAN Aidilfitri disambut umat Islam di seluruh dunia, dengan masing-masing mempunyai tradisi tersendiri mengikut budaya setempat. Jika di Malaysia misalnya, masyarakat Melayu dilihat sinonim dengan amalan menghulur dan menerima duit raya daripada kalangan ahli keluarga mahupun rakan. Namun, tatkala kegawatan ekonomi yang membelenggu negara pada masa ini, beberapa pelayar tampil memberikan pesanan supaya amalan memberi duit raya dilakukan dengan berpada-pada. Nilai duit raya bergantung kepada budi bicara pemberi. -Gambar hiasan “Nak pesan, jangan jadikan anak kita seperti 'pengemis' bila pergi beraya nanti. Orang bagi duit berapa pun bersyukur. “Kalau orang tak bagi, jangan diumpat atau diminta-minta, ekonomi sekarang tak berapa cantik. Ramai tengah susah, ingat tu," ujar pelayar berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga bersetuju dengan pendapat yang diutarakan dan berharap tiada kata-kata yang mengguris perasaan si pemberi akan kedengaran pada hari lebaran. ARTIKEL BERKAITAN: Seronok beraya bertukar tragedi... Luruh jantung tengok kesayangan terbujur kaku, wanita masih trauma kucing jatuh dari tingkat 4 ARTIKEL BERKAITAN: 4 kali sambut Aidilfitri bersama, tak pernah dibelikan baju raya! Tahun ini isteri cuba nasib minta suami belanja, tapi jawapan bikin geram "Betul, kita sebagai ibu bapa kena ajarkan adab kepada anak-anak apabila berhadapan dengan orang. Terutamanya waktu beraya nanti. Sewajarnya ibu bapa terlebih dahulu kena tunjukkan teladan yang baik. "Antara yang saya boleh sebut do's and don'ts untuk kanak-kanak ketika Aidilfitri, pertama sekali kalau dapat duit raya, sampul jangan terus buka dalam rumah tu. Tunggu la bila dah masuk kereta. "Sakit hati bila nampak muka budak tu macam sedih sebab dapat duit sikit daripada kita. Terasa macam kita ni terlalu B40, boleh hilang keyakinan diri ni. Tak jatuh miskin pun bagi lebih sikit duit raya tu. Bukannya kau jatuh muflis terus sebab melayan budak-budak. WARGA MAYA "Aku pernah sekali tu anak buah cakap macam ni depan aku, sikitnya duit aunty bagi. Aku terus panggil anak aku, aku tanya berapa mak budak tu bagi duit raya dekat dia, RM5 je. Heh, aku kira kaya lagi la boleh bagi RM10," kata netizen. Selain itu, ada juga warga maya yang berpendapat tidak patut untuk berkira terutamanya dengan kanak-kanak ketika Aidilfitri. Sebahagian komen warga maya. “Bermurah hatilah ketika Aidilfitri, kesian budak-budak setahun sekali nak beraya. Rezeki kita mungkin akan dimurahkan apabila ke depan nanti. "Tak jatuh miskin pun bagi lebih sikit duit raya tu. Bukannya kau jatuh muflis terus sebab melayan budak-budak," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube