MUSIM perayaan menjelang lagi. Sama ada dekat atau jauh, orang ramai mula berpusu-pusu bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari bahagia bersama yang tersayang. Di Facebook seorang wanita dikenali sebagai Yani Yaacob berkongsi ujian dan dugaan yang dilaluinya sewaktu ingin pulang beraya bersama keluarga di kampung. Pelbagai rintangan diduga ketika dalam perjalanan pulang ke desa. -Gambar hiasan. "Di lebuh raya tadi, saya jumpa kereta lama yang pasang hazard light, tangannya pula melambai-lambai ke kanan. Meminta pemandu belakang untuk memintas. Apabila kami pintas, kelihatan kereta itu penuh sekeluarga. "Nak balik raya la tu, mungkin keadaan keretanya dah tak boleh bawa laju. Jadi pemandu tu buat macam tu. ARTIKEL BERKAITAN: Berdamailah sempena Aidilfitri... 4 balasan Allah beri jika putuskan silaturahim ARTIKEL BERKAITAN: Jangan teruja dulu nak balik kampung kalau belum periksa 5 bahagian penting kereta ini "Saya pun pernah macam tu, ingat lagi. Pakai Wira Aerobak lama abah, tiba-tiba kereta overheat, tersadai la kami di Bentong ketika nak balik raya. Pernah juga tersadai di Gombak. Elok-elok tengah sesak, tiba-tiba tayar pancit," ujar wanita mengimbas apa yang pernah dilaluinya. Tambah Yani, dia juga pernah berdepan ujian tatkala mahu pulang menyambut hari raya di Kota Kinabalu, Sabah. "Belum cerita balik raya ke Kota Kinabalu. Nampak macam best dapat naik flight. Tapi kering poket nak bayar harga tiket. Balik raya ni sebenarnya satu perjuangan... perjuangan untuk mengeratkan silaturrahim. YANI YAACOB "Pernah jugak kami tertinggal flight. Merayu macam mana pun mereka tak bagi naik sedangkan ada 45 minit lagi sebelum waktu berlepas. "Kena beli tiket lain dari Kuala Lumpur ke Labuan, dari Labuan naik feri ke Kota Kinabalu," ceritanya lagi. Menurutnya, pulang beraya adalah satu perjuangan bagi setiap individu yang inginkan sebuah raya yang bermakna bersama sanak saudara. Ibu dan ayah sudah pasti menunggu-nunggu kepulangan anak mereka. -Gambar hiasan Jelasnya momen berkumpul di bawah satu bumbung dengan berkongsi seribu satu perkara akan membuatkan sesebuah hubungan silaturahim itu lebih bermakna kepada setiap individu. "Balik raya ni sebenarnya satu perjuangan... perjuangan untuk mengeratkan silaturrahim dan berjumpa semua sanak saudara yang susah nak jumpa. "Raya adalah meeting point untuk sanak saudara dan raya juga adalah sebab utama yang kuat untuk kita berkumpul dan tatap muka masing-masing. "Ini bukan tentang perjuangan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih beraya, baju siapa yang terpaling bergaya, anak siapa yang lebih cerdik akalnya, tidak. Ini semua adalah mengenai pengorbanan," kata wanita itu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube