AIDILFITRI merupakan masa untuk mereka yang beragama Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Menjadi adat masyarakat Melayu pada hari lebaran untuk menyediakan makanan yang lazat dan berpakaian segak bagi bergembira bersama yang tersayang. Namun, baru-baru ini seorang wanita mencetuskan perbincangan di laman X tentang mengapa Syawal tahun 2024 terasa seperti kosong dan pudar daripada kemeriahan yang selalunya dirasai. Antara kemeriahan Aidilfitri adalah pada juadahnya. -Gambar hiasan Tambah wanita itu, dia berasa janggal dengan perasaan tersebut dan bertanya jika ada mereka di luar sana yang turut senasib dengan dirinya. "Ramadan sudah hampir meninggalkan kita, tapi saya tak rasa seronok pun nak beraya. Kosong je diri ni rasa. Adakah saya ni yang pelik?," soal wanita itu. Dalam pada itu, warga maya di ruangan ciapan balas dilihat cuba mencari penjelasan yang logikal mengapa wanita tersebut berperasaan sedemikian. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rasa bersalah! Teringat ketuk pintu rumah minta duit raya... tak tahu keluarga susah, rupa-rupanya makanan pun tiada ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier ralat tak sempat hantar ‘baju raya terakhir’! Seharian tak tenang, malam lalu depan rumah arwah tanpa tujuan Malah seorang pelayar turut berpendapat ia mempunyai kaitan dengan usia diri ini yang beranjak dewasa. "Pernah terbaca satu perkongsian ni dulu, mungkin dapat menjawab apa yang sis rasa. Dulu waktu kita di zaman kanak-kanak, kita bersemangat nak beraya sebab adanya orang dewasa seperti pakcik dan makcik yang menghidupkan suasana. "Mereka ajak kita main mercun, bakar bunga api, beli baju raya dan lain-lain. Sekarang apabila kita dah besar, pakcik dan makcik semua sudah uzur, maka giliran kita pula bawa kemeriahan raya kepada adik atau saudara kita yang masih kecil. Apabila kita dewasa ni banyak benda nak kena fikir seperti masalah duit, kehidupan dan kerja. WARGA MAYA "Kita yang kena mulakan semangat raya tu, bukan lagi orang lain. Jika tidak, hari raya akan terasa seperti hari-hari biasa je. Dalam erti kata lain, Aidilfitri adalah lebih bermakna kepada kanak-kanak," kata pelayar tersebut. Warga maya lain pula meminta wanita itu untuk bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Aidilfitri tatkala ada yang lain sudah bertemu Ilahi. "Cuba belajar bersyukur masih dapat beraya tahun ni dengan keadaan yang sihat sambil mempunyai harta dan keluarga. Perasaan seremeh itu boleh ketepikan kot. Sebahagian perbincangan warga maya. "Apabila datang mood macam ni, cepat-cepat ucap rasa syukur sebab raya tahun ni masih dapat lihat mak dan ayah, ramai yang hanya boleh merindui momen sebegini. "Saya boleh faham apa yang sis rasa, aktiviti pagi raya saya cuma pergi solat di masjid, kemudian balik rumah makan ketupat dan rendang sikit, lepas tu sambung tidur. "Apabila kita dewasa ni banyak benda nak kena fikir seperti masalah duit, kehidupan dan kerja. Dulu waktu budak, kalau raya kita boleh fokus dekat situ je, tak serabut dengan benda lain," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
"Apabila datang mood macam ni, cepat-cepat ucap rasa syukur sebab raya tahun ni masih dapat lihat mak dan ayah, ramai yang hanya boleh merindui momen sebegini. "Saya boleh faham apa yang sis rasa, aktiviti pagi raya saya cuma pergi solat di masjid, kemudian balik rumah makan ketupat dan rendang sikit, lepas tu sambung tidur. "Apabila kita dewasa ni banyak benda nak kena fikir seperti masalah duit, kehidupan dan kerja. Dulu waktu budak, kalau raya kita boleh fokus dekat situ je, tak serabut dengan benda lain," kata sebahagian warga maya.