KETIKA sanak saudara berkumpul di kampung halaman bagi meraikan sambutan Aidilfitri, isu penggunaan bahasa Inggeris antara ibu bapa dengan anak-anak kecil yang dibesarkan di kota pasti berbangkit. Ini keranan bagi sesetengah individu, mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris dianggap berlagak dan menunjuk-nunjuk sehingga seterusnya menjadi mangsa kutukan ahli keluarga sendiri. Malah, perkara yang sama sering diketengahkan di media sosial dan dianggap sebagai gurauan tahunan menjelang sambutan Aidilfitri. Ahli keluarga dan sanak saudara akan berkumpul bersama-sama pada 1 Syawal. -Gambar hiasan Menyedari perkara tersebut sering dibahaskan, seorang pelayar X tampil berkongsi pandangan dan pengalamannya sebagai seorang pensyarah universiti suatu ketika dahulu. “Terbaca beberapa komen mengutuk mak abah cakap English dengan anak-anak. Terasa juga aku. “Tapi anak aku, suka hati aku la nak ajar dia apa. Kau nak ajar anak kau ilmu bodoh sombong, teruskan. “Zaman aku jadi lecturer dulu, antara masalah pelajar ialah dia malu nak cuba cakap bahasa Inggeris sebab nanti kawan kutuk,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris ARTIKEL BERKAITAN: Pelumba Pecut ‘speaking English’ pelat Terengganu jadi bahan lawak... “Saya kabo doh tak reti cakap Inggeris” Bukan itu sahaja, kata lelaki ini, disebabkan perasaan takut mencuba itu, terdapat segelintir pelajar yang berada di tahun akhir pengajian masih lemah menguasai bahasa kedua negara. “Kesian sebab ada pelajar Part 5 UiTM (Universiti Teknologi Mara) zaman tu masih stuck kat English Part 2. Jenuh aku cuba ajar tapi kalau cuma nak cuba dalam kelas aku empat jam seminggu, mana la cukup. “Aku malas nak cakap banyak. Tapi kalau kau belajar kat universiti pun habis semua buku dalam bahasa Inggeris, kau rasa rasa kat dunia luar ni macam mana gamaknya?,” tambahnya sambil memperincikan kepentingan penguasaan bahasa tersebut. Mengambil contoh beberapa negara luar yang semakin mengutamakan bahasa Inggeris, ujarnya kebolehan bertutur dalam bahasa lain bukan bermaksud seseorang itu tidak mementingkan bahasa kebangsaan, tetapi lebih kepada satu kelebihan untuk memajukan diri dan kerjaya. Pengalaman saya di universiti dahulu, rakan-rakan bangsa lain gigih cakap Inggeris walau tatabahasa salah. WARGA MAYA “Even the Japanese, French, Germans, Ruskies and Chinese pun dah paksa pelajar mereka belajar English. “Yang tak suka selalunya dia tak berapa fasih. Ada yang fasih, tapi dia suka cakap Melayu tapi dia tak complaint pun orang speaking ke dia. “Merendah diri dengan ilmu versus merendah diri cara tong kosong ni beza dia langit dengan bumi. “Kalau dah selalu cakap BM dengan orang lain, tak salah dengan mak atau abah dia nak practice English,” tambahnya yang ingin menguasai bahasa Arab. Segelintir warga maya tidak bersetuju dengan pandangannya. Pandangan yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyatakan ia adalah cara terbaik untuk membantu anak menguasai bahasa asing. “Saya set English sebagai prioriti semasa pilih sekolah. Dekat sekolah, their secular subjects are all in English tapi pengajian agama dalam jawi manakala al-Quran dalam Arab. “Saya pun converse dengan anak English sejak dia kecil tapi dengan ayah dan orang lain saya cakap Melayu. Sekarang dia enam tahun, dia sendiri pick up bahasa Melayu... English pandai, BM pun dia pandai. “Saya fluent English. All thanks to my parents. Mereka didik saya balance, cakap Melayu je kat rumah tapi hantar tadika Smart Reader. Selalu belikan buku English, tengok English movies dan dari situ I learn English sampai Muet pun band 5. “Pengalaman saya di universiti dahulu, rakan-rakan bangsa lain gigih cakap Inggeris walau tatabahasa salah. Build confident first, then you improve,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube