suria

Lelaki naik angin, pelanggan telefon pukul 2.30 pagi nak tanya satu soalan remeh! Terus tak boleh tidur sampai sahur

Masa berehat tidak seharusnya diganggu melainkan hal kecemasan. -Gambar hiasan

SETIAP insan mempunyai corak atau rutin kehidupan yang tersendiri.

Justeru sangatlah tidak wajar untuk kita memaksa orang lain mengubah gaya hidupnya demi memenuhi kepentingan diri.

Melalui satu luahan di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa kecewa dengan sikap klien yang kurang prihatin apabila tidak menghormati waktu peribadinya

Waktu tidur tidak teratur boleh menjejaskan kesihatan. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia dikejutkan pada awal pagi oleh panggilan telefon yang bukanlah dalam kategori kecemasan.

"Aku ni sejenis orang yang susah nak tidur awal dan kalau dah terbangun susah nak tidur balik. Nak dijadikan cerita, malam semalam entah macam mana, aku dapat tidur sebelum pukul 12 tengah malam.

"Tapi cumanya, tengah aku sedap tidur, tiba-tiba ada orang call pukul 2.30 pagi. Ya betul waktu pagi buta tu telefon aku boleh berdering, nombor pun tak dikenali, aku dah cuak mungkin ada apa-apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa abang tak marah Baby?” - Isteri pelik suami terlalu penyabar, 11 tahun kahwin tapi tak pernah tinggi suara

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ‘lalok’ ketum mengamuk tumbuk kakak, anak buah! Tapi mak ayah tetap sayang, sanggup berhabis bayar ikat jamin

"Sebagai makluman aku letakkan telefon pintar dalam mod senyap tapi aku tersedar sebab vibrate dan orang tu call aku sampai dua kali. Aku pun bangun tengok apa cerita," imbas lelaki tersebut.

Lelaki itu bengang apabila mendapati panggilan berkenaan dibuat oleh pelanggan yang hendak berurusan jual beli tiket, memandangkan dia merupakan penyelia acara konsert.

"Rupanya pelanggan tu call sebab nak tanya, boleh ke tak dia nak jual tiket konsert dekat orang lain sebab dia kena kerja hari tu. Kau boleh faham tak, pukul 2.30 pagi telefon semata-mata nak tanya pasal tiket.

Ada orang malam atau siang dia sama je. Dia tidak ada jadual yang normal, ikut sedap dia je nak berjaga atau tidur bila.

WARGA MAYA

"Benda tak boleh tunggu esok pagi ke bila dah siang? Malam tu aku terus terjaga sampai ke sahur, memang 'barai'. Yang pelanggan tu pula aku mesej bagi 'setepek' dekat dia.

"Aku cakap macam ni, kurang akal ke call orang pukul 2.30 pagi? Tak boleh tunggu esok ke? Subhanallah! Lepas tu baru dia nak minta maaf. Harap dapat jadi pengajaran kepada mereka di luar sana," ujar lelaki itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya cuba berteka-teki mengapa lelaki itu mengambil tindakan sedemikian rupa.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Ada orang malam atau siang dia sama je. Dia tidak ada jadual yang normal, ikut sedap dia je nak berjaga atau tidur bila. Dan yang mengejutkan, dia rasa semua orang macam dia juga.

"Mungkin sebelum solat Subuh dia dah nak meninggal kot, itu yang kena call terus untuk beritahu walaupun pukul 3 pagi.

"Saya sebagai orang yang susah tidur sangat memahami perasaan apabila kita dah lena tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan sebab yang tak munasabah. Rasa nak melenting," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain