suria

Berat ujian tok bilal, hampir pitam nampak objek berselubung di tengah ruang solat! Rupanya pemburu Lailatul Qadar tumpang tidur

Foto seorang individu yang tidur berselubung di dalam masjid tular di Facebook.

KETIKA kita berada dalam 10 hari terakhir Ramadan, umat Islam berlumba-lumba untuk mengejar pahala dan mencari malam Lailatul Qadar yang turut disebut sebagai malam seribu bulan.

Terbaharu, laman Facebook kecoh apabila tularnya sekeping foto seorang individu yang dipercayai tidur di masjid untuk memburu malam Lailatul Qadar.

Menurut pemilik foto itu, cara jemaah tersebut berselimut agak menakutkan kerana ia kelihatan seperti jenazah.

masjid 2

Seorang lagi netizen turut berkongsi foto anaknya yang berselimut ketika menunaikan tarawih.

"Saya nak nasihatkan buat semua pemburu Lailatul Qadar. Kalau boleh, selak sikit selimut bahagian kaki atau kepala.

"Takut jemaah angkat terus ke tanah perkuburan. Serius benda ni tak lawak," ujarnya menerusi perkongsian tular itu.

Foto itu dimuat naik ke laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan turut meraih perhatian ramai netizen.

Kalau boleh, selak sikit selimut bahagian kaki atau kepala.

PELAYAR FACEBOOK

"Nak tidur tak boleh ada lampu. Nanti tak boleh lelap. Sebab tu selubung.

"Nak pitam bilal pagi tadi. Kalau bilal pucat jangan tanya la kenapa.

"Arwah dulu baik orangnya," tulis beberapa netizen secara berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid buat ‘pameran’ jam tangan, pelbagai aksesori lain... Semuanya ‘khazanah’ ditinggalkan jemaah, pemilik boleh datang tuntut

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta jemaah bukan kariah faham ‘budaya’ masjid... Jangan menonong masuk, saf depan khas untuk orang tertentu

Menurut seorang lagi pelayar Facebook, dia juga pernah berdepan kejadian sama ketika pergi ke Masjid Nabawi di Madinah.

"Auto teringat kat Masjid Nabawi. Turun-turun nak pergi tandas, terkejut beruk aku kat tepi dinding orang tidur selimut kain putih.

"Berdegup kencang jantung aku ingat mereka letak mayat kat situ," tulis individu itu Facebook.

first night...Muslim community in Malaysia Prayer Sunnah Terawih at  the Al Azim  State Mosque Melaka.staring t praying of Sunat Terawih This marks the Muslims in Malaysia and the world will celebrate Ramadan fasting month hold food and drink.Starpix By A malex Yahaya.

Umat Islam menggandakan ibadah mereka pada 10 malam terakhir Ramadan. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, seorang lagi netizen turut berkongsi foto hampir sama yang mana anaknya juga tidur berselubung ketika menunaikan solat tarawih.

Menurut laman sesawang MyHadith, tidur di dalam masjid hukumnya mubah (diharuskan), namun perlu menjaga adab dan kebersihan.

Adab tidur di dalam masjid merupakan sunnah Nabi SAW yang boleh kita ikuti, diiringi dengan adab dan perlakuan yang baik atau sopan.

Perlakuan ini disebut sebagai iktikaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain