suria

Pelajar IPT bawa balik laptop sekadar sedapkan hati... Konon nak buat assignment, tak terusik sampai habis cuti raya

Pelajar IPT pulang ke kampung masing-masing sempena Aidilfitri. -Gambar hiasan

RAMAI yang berkongsi keterujaan dan kegembiraan mereka menyambut Aidilfitri di media sosial.

Tanpa mengira umur dan latar belakang, masing-masing bersemangat menyambut hari lebaran.

Ini termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di kampung halaman lebih awal untuk menyambut raya.

Sebagai menunjukkan komitmen mereka sebagai pelajar tidak dilupakan, masing-masing turut membawa pulang buku, nota dan peranti seperti komputer riba untuk menelaah atau melakukan tugasan yang diberikan pensyarah.

Pelajar memeriksa jaduan penerbangan di lapangan terbang. -Gambar hiasan

Namun, dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, pasti ada yang terlupa untuk menyiapkan tugasan di rumah ketika bercuti.

Di laman sosial, seorang lelaki membuat satu hantaran berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah bergelar pelajar suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut universiti geram rakan kuliah PJJ sambil lewa, siap tak tahu deadline pembentangan... Konon terpaling sibuk bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT terkejut! Satu kumpulan dapat markah 0, rupa-rupanya ahli 'selfish' tak hantar tugasan

“Mana-mana pelajar yang bawa balik laptop dengan niat nak buat assignment masa ni (raya), lupakan sahaja niatmu.

“Bukan aku tak pernah jadi pelajar,” tulisnya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Tak payahlah pensyarah bagi tugasan kat budak-budak masa cuti raya.

NETIZEN

Mana tidaknya, masing-masing sibuk beraya bersama keluarga dan saudara-mara di kampung.

Maklumlah, raya setahun sekali dan kebiasaannya hanya bertemu pada musim perayaan menjadikan mereka mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama.

Sekumpulan pelajar membuat persiapan untuk bercuti. -Gambar hiasan

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangannya malah kebanyakan pelajar hanya akan menyiapkan tugasan mereka pada saat akhir.

“Tahu tak apa. Beria usung laptop ke hulu ke hilir. Akhirnya sampai habis cuti, laptop tu tak buka pun langsung.

“Itu yang bawa balik, itu juga yang bawa pergi ke universiti balik. Tak usik.

“Esok nak hantar, malam tu buat baru syok. Memang menderu-deru idea nak menulis. Adrenalin rush masa tu membuatkan kerja siap dengan jayanya.

“Tak payahlah pensyarah bagi tugasan kat budak-budak masa cuti raya. Kalau cuti semester tu lainlah (cuti panjang). Budak-budak tu nak berseronok sambut raya,” demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, netizen turut menyifatkan tujuan peranti atau komputer riba turut dibawa pulang untuk bercuti bagi mengelakkan rasa bersalah segelintir pelajar.

“Bawa balik. Kalau tak bawa balik, hati tak sedap.

“Tak bawa balik rasa bersalah. Dah bawa rasa menyesal pula kalau disia-siakan (tak guna). Serba salah,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain