suria

Mat salih merungut orang Malaysia tak beri layanan istimewa, malah rasa diri dibenci... Di Thailand semua ‘murah’ senyuman

Video yang dikongsi oleh pelancong itu menerima reaksi kurang menyenangkan rakyat Malaysia.

ORANG Malaysia sentiasa menyambut kedatangan pelancong asing dengan hati yang terbuka.

Namun, masyarakat di sini juga akan melenting sekiranya ada pelancong melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Terbaharu, seorang pelancong menerima kecaman selepas dia menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap orang Malaysia yang didkawa kurang mesra.

pelanconggg

Di sebalik rungutannya, pelancong itu turut memuji keindahan Malaysia.

Menurut pemuda itu, situasi ini berbeza dengan Thailand yang mana dia sering mendapat perhatian penduduk di sana.

"Berjalan di Malaysia, satu perkara saya perasan adalah orang di sini tidak banyak senyum antara satu sama lain.

"Berbeza dengan Thailand. Saya pernah tinggal di Thailand, saya mungkin dah terbiasa dapat banyak perhatian, ramai yang saling senyum antara satu sama lain.

Ia tidak kelihatan seperti malu. Ia kelihatan seperti mereka benci saya.

PELANCONG TULAR

"Saya tahu banyak peraturan di sini dan ia sangat tegas, tapi saya rasa kurang selesa," ujar pemuda yang memiliki lebih 167,000 pengikut TikTok itu.

Di sebalik kritikan itu, dia tetap memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang indah.

Di ruangan komen, seorang wanita tempatan berkata rakyat Malaysia sebenarnya tidak sombong, sebaliknya mereka bersikap pemalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih jatuh cinta dengan burger tepi jalan... Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan layan kes mat salih merungut tak boleh naik bas, netizen anggap mengada-ngada! Beza kalau orang Malaysia melancong luar negara

Namun, pelancong asing itu mendakwa dia merasakan seperti dibenci oleh penduduk tempatan ketika kunjungannya ke Malaysia.

"Ia tidak kelihatan seperti malu. Ia kelihatan seperti mereka benci saya," jawab pelancong itu.

Selain TikTok, video itu turut ditularkan ke laman X sehingga pelancong berkenaan dikecam oleh netizen.

"Dapatkan perhatian daripada ibu bapa kamu, bukan daripada kami. Kami banyak lagi kerja yang nak dibuat.

pelancong

Video lelaki itu turut menerima kecaman di laman X.

"Sebab kami sibuk dengan urusan masing-masing dan kenapa kami nak senyum kepada orang tak dikenali?

"Dia baru sedar yang dia tidak istimewa seperti yang dia sangka.

"Jadi dia hanya nak perhatian? Dan merungut sebab tiada sesiapa berikan perhatian? Alahai," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain