TIADA angin tiada ribut, encik tunang tiba-tiba menghilangkan diri. Dek kerana itu rancangan untuk berkahwin nampaknya semakin pudar gara-gara perubahan sikap si tunang. Begitulah luahan seorang gadis yang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Pasangan ini merancang untuk berkahwin tahun depan. -Gambar hiasan Namun katanya, sejak kebelakangan ini terdapat perubahan drastik pada tunangnya yang berkhidmat sebagai anggota badan beruniform. "Dia mula menghilangkan diri, senyapkan diri, dan padam semua akaun media sosial. Saya sangka dia ada orang lain ataupun berubah hati daripada saya. "Sampailah saya ugut dia untuk beritahu saya," katanya menerusi luahan di grup Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Tunang suka pinjam duit, kalau tak bagi merajuk! Gadis keliru kahwin atau tinggalkan - “Saya punyalah tahan nafsu shopping” ARTIKEL BERKAITAN: Dikesan buat transaksi aneh, encik tunang rupanya kaki judi! Wanita buntu majlis kahwin makin dekat - “Dia kesayangan keluarga saya” Setelah didesak, akhirnya rahsia tunangnya terbongkar dan dia tidak menjangkakan perkara seperti itu berlaku. “Sudah tiga bulan dia terlibat dengan pinjaman ah long, sebanyak RM40,000. Dia terkena dengan orang atasan dia dalam badan beruniform,” ujarnya. Selain wang simpanan, wanita juga mempunyai koleksi barang kemas. -Gambar hiasan (The Star) Namun apa yang menyedihkan apabila tunangnya mahu hubungan mereka berakhir agar dia boleh mencari kebahagian bersama orang lain. Hasrat lelaki itu bagaimanapun ditolak kerana dia sedaya-upaya mahu membantu tunangnya melangsaikan hutang ah long bagi memastikan hubungan mereka terus ke jenjang pelamin. "Dia minta saya untuk tinggalkan dia dan cari kebahagiaan sendiri. Saya tak boleh nak tinggalkan dia. Dia lelaki paling baik saya pernah jumpa. Duit boleh cari, kahwin boleh tangguh. Kalau dia sayang, tak akan sampai nak buang macam tu je. NETIZEN "Saya ada wang simpanan dan emas RM40,000. Saya ingat nak bantu dia, tapi dia tak bagi saya bantu," katanya yang buntu untuk menyelesaikan masalah itu dan masih berharap hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib gadis itu, dan pada masa sama mereka bersetuju agar hubungan itu seharusnya berakhir dengan perpisahan. Gadis itu cuba membantu membayar hutang ah long. -Gambar hiasan Mereka berpendapat bahawa situasi itu bukan sahaja mengundang risiko kerana melibatkan ah long, malah boleh terjebak menjadi mangsa penipuan. "Kalau dia sudah cakap tak mahu tu, tinggalkan saja. Cari kebahagiaan dengan orang lain. Silap-silap sis yang kena kejar dengan ah long nanti. "Dalam hal melibatkan duit ni, jangan baik tak bertempat. Kalau betul nak tolong orang bab duit, baik cari asnaf. Cari je kebahagiaan lain, kemungkinan kena tipu tu sangat tinggi. "Saya pernah juga kawan dengan orang kerajaan. Macam ni alasan dia, pinjam bank la, ah long la. Alasan je tu, entah-entah memang tak nak, dah ada orang lain. Duit boleh cari, kahwin boleh tangguh. Kalau dia sayang, tak akan sampai nak buang macam tu je," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube