suria

Bakal pengantin sedih ‘bestie’ tak layan dalam grup WhatsApp, abaikan cerita nak kahwin... Angan-angan pasang ‘bridesmaid’ berkubur

Ramai menjadikan rakan baik mereka sebagai 'bridesmaids' ketika hari bahagia. -Gambar hiasan Freepik (kanan).

KEBANYAKAN golongan wanita pasti mempunyai lingkungan sahabat baik yang menjadi tempat untuk berkongsi berita gembira, rahsia, mencurahkan perasaan dan sebagainya.

Apabila melibatkan hari bahagia pula, sahabat baik adalah insan yang akan dimaklumkan lebih awal selain daripada keluarga, kerana mahu berkongsi kegembiraan bersama-sama.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang wanita yang meluahkan rasa sedih bercampur kecewa dengan sikap yang ditunjukkan rakan-rakan rapatnya.

Mana tidaknya, keterujaan wanita itu berkongsi tarikh majlis perkahwinannya bagaimanapun tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

bridesmaid 1

Kehadiran 'bridesmaids' sudah menjadi trend ketika ini bagi menyerikan lagi hari bahagia seseorang. -Gambar hiasan

"Nak minta pendapat, pencerahan. Beberapa minggu lalu, saya ada beritahu ahli grup yang saya rasa rapat sangat pasal tarikh hari bahagia saya.

"Tapi hanya dua daripada mereka yang beri respons. Selebihnya hingga hari ini tiada respons daripada mereka.

"Actually beritahu awal sebab nak diorang jadi bridesmaid. Zaman belajar selalu berangan dengan diorang macam tu. Sebab itu excited beritahu, end up kecewa," kongsinya.

Kalau close circle yang buat macam tu, saya rasa sudah masanya untuk kita tinggalkan mereka.

NETIZEN

Tambah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, apa yang berlaku benar-benar membuatkan hatinya terluka mengenangkan hubungannya dengan rakan-rakan tersebut begitu akrab.

"Patutkah saya berasa sedih? Over sangat ke kalau saya terasa? Sedih sebab rapat. Sepatutnya depa (mereka) pun excited kan?

"Atau pun mungkin saya saja yang over react? Saya yang cepat touching? Sedih korang, kita cepat touching kalau kita dah anggap rapat," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Homestay dah tempah, kawan-kawan tak jadi datang majlis kahwin! Bakal pengantin terkejut luahan di TikTok ubah segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak suka dengar sahabat beri pendapat jujur, ‘sentap’ jika teguran tak berlapik... Perlu jaga hati walau dah lama kawan

Perkongsian yang dibuat di laman TikTok sehingga kini meraih lebih 21,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat menyelami perasaannya.

Tidak sekadar menghujani wanita berkenaan dengan kata-kata semangat, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa.

komen bff

Sebahagian warga maya turut berkongsi pengalaman yang serupa.

"Perasaan sebegitu tak salah. Kalau close circle yang buat macam tu, saya rasa sudah masanya untuk kita tinggalkan mereka.

"Baru nampak 'belang' sebenar mereka... siapa yang betul-betul nak awak bahagia dan yang berpura-pura. Memang sakit rasanya. Stay strong.

"Saya kena juga. Time mereka, saya siap datang naik flight dan tempah hotel. Bukan nak ungkit... saya kahwin lambat, saya harap sebagai 'balasan 'at least mereja datang tak kisah side lelaki atau perempuan.

"Saya pernah WhatsApp lebih daripada 20 orang kawan jemput datang kenduri. Tapi yang respons seorang je," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain