KERAP timbul perbincangan dalam masyarakat tentang kewujudan alam ghaib, dimensi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Antara yang sering menggusarkan orang ramai adalah pendedahan pelbagai bentuk gangguan makhluk halus, seperti penampakan entiti, bau dan juga bunyi. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan momen seram yang dilaluinya ketika mendaki bersama rakan di Gunung Yong Belar, Perak. Pemandangan dari puncak Gunung Yong Belar yang berketinggian 2,181 meter. -Foto Aishah Azan Berdasarkan video tersebut, wanita itu mendakwa dia mendengar suara riuh-rendah pada audio latar meskipun ketika rakaman sedang dibuat, suasana sekitar adalah hening. "Waktu ni saya antara orang terawal sampai dekat Kem Kasut dengan dua kawan yang lain. Seorang kawan saya ni namanya Irfan, dia imamkan solat. "Dia baca al-Fatihah dengan agak kuat serta alunannya juga sedap, jadi saya tergerak untuk mula merakam, menarik hendak dimasukkan ke dalam video rangkuman perjalanan kami. ARTIKEL BERKAITAN: Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai tapi dinafikan orang kampung ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu pontianak di tapak khemah! Suami isteri silap langkah bawa telur mentah masuk hutan, makhluk rambut panjang tunjukkan rupa "Tapi alangkah terkejutnya saya apabila buka balik video tu, saya dapat dengar bunyi bising dekat belakang, seolah macam ramai orang di situ. Suara itu tidak lantang, ia seakan-akan bisikan. "Padahal di kiri dan kanan saya tiada orang, kumpulan pendaki yang lain pun berada jauh daripada saya. Apa benda yang saya dengar tu agaknya?," soal itu wanita cuba mencari jawapan kepada keanehan tersebut. Tambah wanita itu lagi, rakaman video tersebut bukan satu-satunya gangguan yang dialaminya ketika mendaki pada hari terbabit. Saya duduk dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa ni. WARGA MAYA "Waktu saya mendaki secara berkumpulan tu, saya jalan lambat dan ketinggalan sekejap di belakang. Yang lain semua dah di depan. Tiba-tiba saya dengar suara macam ramai orang dekat satu lokasi tu. "Seperti wujud perkampungan sekitar kawasan berkenaan, tapi di tengah hutan belantara. Saya cekalkan hati dan terus jalan pantas untuk masuk semula dalam kumpulan, tak mahu fikir bukan-bukan," ujar wanita tersebut. Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan kisah merinding bulu roma yang turut dialami mereka. Pelbagai makhluk di dalam hutan yang masih belum dikenal pasti. -Gambar hiasan "Saya dengan kawan pun baru balik daripada berkelah di Yong Belar, kami sesat sampai terpusing-pusing di tempat sama, dekat 20 jam baru boleh keluar. Taubat dah nak pergi sana. "Ada video saya rakam di sebuah taman rekreasi, apabila saya tengok balik, boleh dengar orang menyanyi dan berbisik betul-betul sebelah saya. Meremang habis satu badan. "Sama juga saya, berkelah dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa. Sejak tu aku terus boikot aktiviti berkelah," kata sebahagian pelayar. Bagi mereka yang beragama Islam, kita harus beriman dan percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat serta makhluk halus meliputi jin dan syaitan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube