suria

Tuan kucing dah sampai kampung, cat sitter tiba-tiba nak refund duit sebab tak sempat beri makan... Ambil job 30 rumah sehari

Pemilik yang ingin pulang beraya di kampung perlu buat persediaan untuk kucing yang ditinggalkan di rumah. -Gambar hiasan

PENCINTA kucing kini tidak perlu lagi susah hati untuk meninggalkan haiwan kesayangan mereka di rumah untuk tempoh yang lama, kerana terdapat banyak khidmat penjagaan yang ditawarkan.

Walaupun permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meningkat terutama musim perayaan, mereka yang dipertanggungjawab untuk menjaga haiwan ini ketika tuannya berada di luar kawasan haruslah amanah.

Seorang pemilik kucing telah menarik perhatian netizen di laman X apabila menceritakan pengalaman buruknya menggunakan perkhidmatan seorang 'cat sitter' ketika Aidilfitri baru-baru ini.

tucen 55

Kucing juga perlu dijaga kebajikan dan makan minumnya. -Gambar hiasan

"Sembang apa la cat sitter ni, 20 buah rumah sehari. Rumah aku kena cancel last minit tak boleh datang waktu raya, aku dah menggagau menangis macam nak gila anak bulus kat rumah.

"Allah sahaja tahu apa aku rasa, aku cuma doa semoga someone boleh reveal hang ja satu hari nanti," kata wanita itu sambil berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan 'cat sitter' tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, cat sitter berkenaan memaklumkan bahawa dia tidak sempat untuk pergi memberi makan dan membuang najis kucing di rumahnya walaupun telah dibayar upah.

Mesej itu dihantar pada pukul 12.14 tengah malam.

ARTIKEL BERKAITAN:Tragis kucing terkena parvo dibuang di klinik berserta nota penuh emosi, doktor veterinar tak maafkan pelaku

ARTIKEL BERKAITAN:Kucing mengiau tak berhenti, nak tidur pun tak senang! Pemuda pasang niat nak buang dekat kolam rumah

"Saya ada tujuh rumah on the way rumah sis, mau 5 pagi baru sampai sana," kata individu tersebut tanpa menyatakan lokasi.

Bimbangkan kucing-kucingnya dipercayai berjumlah 11 ekor kelaparan, wanita itu tetap meminta supaya cat sitter itu pergi ke rumahnya.

"Okay tak apa pukul 5 pagi pun okay. Asalkan kucing saya ada makanan. Nanti sampai tolong tuang penuh-penuh, tuang lebih sikit pun tak apa at least mereka ada makanan jika berlaku kecemasan macam ni," balas wanita itu.

Cat sitter itu bagaimanapun menghantar mesej sekali lagi pada pukul 4.53 pagi memaklumkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya.

"Salam, memang saya tak sempat nak pergi rumah sis, nanti bagi saya nombor akaun," katanya sambil menunjukkan emoji 'maaf'.

Membaca mesej tersebut, wanita ini terus merayu kepada cat sitter itu.

"Makanan kat rumah dah habis langsung dah, tolonglah datang rumah... At least scoop tahi dan tuang makanan

"Saya ada di Perlis tak boleh nak rush balik," katanya merayu.

Disebabkan amat risaukan keadaan kucing-kucingnya, wanita itu tidak dapat tidur lena pada hari tersebut.

Waktu ni hampir 5 pagi dan aku tak boleh tidur disebabkan perangai tak bertanggungjawab dia.

PEMILIK KUCING

"Waktu ni hampir 5 pagi dan aku tak boleh tidur disebabkan perangai tak bertanggungjawab dia. Makanan habis langsung. Aku lama pendam benda ni.

"Bukan nak burukkan periuk nasi orang. Tapi sebab hang (kamu) sembang kemaih sangat (cakap besar). Meluat, semoga orang yang teraniaya nanti akan reveal hang," katanya yang berkongsi kisah di laman X pada Rabu.

Dalam pada itu, wanita ini turut mendakwa bahawa cat sitter tersebut pernah menyebabkan kematian seekor anak kucing yang baru lahir dengan alasan terlupa untuk mengasingkannya dengan kucing yang lain.

Bagaimanapun cat sitter itu, melalui perkongsian di media sosial menyalahkan pemilik kerana meninggalkan rumah dalam keadaan teruk menyebabkan kematian anak kucing.

tucen 4

Memelihara kucing adalah satu komitmen. -Gambar hiasan

"Walau bagaimanapun worst keadaan rumah customer kita, janganlah cerita. Kita jaga kucing. Bukanlah jaga manusia, jangan publish," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, cat sitter berkenaan turut dilihat berkongsi mengenai dirinya yang perlu pergi ke 20 buah rumah bagi melakukan kerja-kerja pembersihan najis kucing sepanjang ketiadaan tuannya ketika Aidilfitri.

Malah katanya, ada juga harinya dia perlu membersihkan sehingga 30 buah rumah.

"Aku pun tak boleh fikir. Rasanya waktu ni la dia tak dapat datang rumah aku sebab dia baru dua tahun sitter dan aku tak tahu sampai aku baca status," katanya lagi.

Dia turut menyeru kepada sesiapa yang berdepan nasib sama untuk menghubungi dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain