PERSAINGAN antara mereka yang bekerja dalam sektor kolar putih dan kolar biru tidak pernah berkesudahan. Sebagai makluman, kolar putih merujuk kepada pekerja dalam bidang korporat yang banyak menggunakan keupayaan minda manakala kolar biru pula adalah tugas berat yang memerlukan kekuatan tenaga dan fizikal. Antara topik yang sering dibahaskan antara kedua-dua kelas pekerjaan ini adalah yang mana lebih penat dan wajar dihargai sumbangannya. Pekerja pembinaan perlu bermandi peluh bekerja di bawah terik matahari. -Gambar hiasan Menerusi satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki dikenali sebagai Naim yang berpengalaman bekerja di pejabat dan lapangan tampil berkongsi pandangannya. Menurut Naim, pada awalnya dia merupakan seorang juruteknik di bawah agensi kawalan makhluk perosak dan kemudian dinaikkan pangkat untuk bertugas di bahagian pengurusan. "Aku dah merasa buat kerja fizikal dengan kerja pejabat ni. Ternyata sejak aku kerja bahagian pejabat ni, aku boleh simpulkan penat mental lagi mencabar. ARTIKEL BERKAITAN: Basmi makhluk perosak dilabel ‘low class’, pemuda ini buktikan bukan kerjaya picisan... Aktif jadi sifu ‘pest control’ di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini teruja jika dapat job ke rumah customer India, sampai sekarang persoalan belum terjawab - “Kalau masuk, peace of mind lah” "Waktu zaman aku kerja dekat luar, sehari aku kerja sampai 12 jam. Badan ni penat jangan cakap la tapi selepas aku berehat, badan aku terus rasa segar semula. Aku siap boleh pergi gim lagi. "Selera aku pun boleh tahan juga waktu tu tapi badan tak ada la naik. Tapi sekarang apabila aku mula kerja pejabat, aku perasan kalau mental kita dah penat, auto badan pun jadi lemau. "Sebab fizikal kita semua bergantung pada mental kalau nak buat sesuatu," jelas Naim. Walaupun kerja pejabat ni ada penyaman udara dan setakat duduk atas kerusi, tapi jangan terpedaya, jus otak kami dibakar setiap masa. WARGA MAYA Tambahnya lagi, penat mental tidak dapat boleh dipulihkan dengan rehat biasa dan akan menyebabkan hidup menjadi lesu. "Penat mental ni susah nak hilang dengan berehat je, sebab dalam otak kita duduk fikir kerja di pejabat yang tak pernah habis tu. Akhirnya kita akan hilang fokus terhadap kehidupan kita. "Apabila otak kita dah penat, sekali dengan badan fizikal pun tak boleh nak buat apa. Lagi pening apabila makan sikit berat badan terus naik. Badan ni selalu lemah je rasa. Semangat dalam diri hilang. "Jadi dekat sini dengan yakinnya aku boleh cakap yang penat mental lebih mencabar daripada penat fizikal," ujar Naim. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui terbeban dengan lumrah alam pekerjaan. "Dekat pejabat ni selagi kita buka mata mesti ada je kerja masuk. Tak nampak dekat mana nak berhentinya. Aku lebih rela duduk kampung, siang buat kerja macam orang gila sampai mandi peluh, tapi malam dapat rehat betul. "Walaupun kerja pejabat ni sejuk ada penyaman udara dan setakat duduk atas kerusi, tapi jangan terpedaya, jus otak kami dibakar hampir setiap masa. Penat yang amat! "Dalam jangka masa panjang juga bahaya untuk kesihatan sebab tak banyak pergerakan, itu yang boleh muncul pembunuh senyap seperti penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube