suria

Pengantin menyesal tak bercinta sebelum kahwin, dah selamat nikah baru tahu suaminya ‘mat pet’... Nak cerai malu pula

Kebanyakan penagih dadah cenderung untuk mengulangi kegiatan mereka. -Gambar hiasan

SETIAP wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti memasang impian untuk menjadi isteri taat dan terbaik buat suaminya.

Selain memberi sokongan moral, segelintirnya sanggup berkorban masa dan kewangan demi membantu suami membina masa depan yang lebih terjamin untuk mereka sekeluarga.

Berazam melakukan perkara yang sama dalam rumah tangga, wanita ini berhajat membuat pinjaman kewangan supaya suaminya dapat memulakan bisnes kecil.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia dikejutkan dengan sikap sebenar suami, sehingga berasa kecewa dan takut dengan situasi semasa.

Seorang isteri meluahkan kesedihan selepas mengetahui suami menagih dadah. -Gambar hiasan

Seorang isteri meluahkan kesedihan selepas mengetahui suami menagih dadah. -Gambar hiasan

"Hancur hati saya apabila baca WhatsApp suami, dia bukan kaki perempuan seperti yang saya takutkan tapi dia 'taik' dadah.

"Kami dah pun berbincang tapi dia cakap dia akan berubah... saya jadi serba tak kena sebab saya nak buat loan (pinjaman kewangan) untuk dia buka bisnes dalam masa terdekat," luahnya sayu.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, kegiatan tidak bermoral suaminya itu diketahui selepas dia mula mencurigai tingkah laku lelaki tersebut.

Apatah lagi, suaminya gemar membawa telefon ke mana-mana sahaja termasuk ketika menggunakan tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘tahi dadah’ tendang mangkuk mi segera, mengamuk tak dapat duit! Anak-anak kelaparan kutip, suap sambil berlinang air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki tahi dadah kena ‘kutip’ 2 hari sebelum raya, ibu sendiri lapor polis - “Harap kali ni biar lama di penjara”

"Suami saya selalu bawa telefon ke mana-mana walaupun ke tandas. Bermula dari situ saya dah mula curiga dan curi-curi baca perbualan mesej dia," tambahnya.

Mengakui sedih dan kecewa dengan perkara tersebut, wanita ini menyatakan dia berasa malu untuk memutuskan ikatan yang terjalin kerana majlis perkahwinannya baru sahaja dilangsungkan.

Mengakui khilaf diri, dia meluahkan rasa kecewa kerana tidak menyelidiki sikap lelaki terbabit terlebih dahulu meskipun tempoh pertunangan mereka adalah satu tahun.

Malah katanya, sepanjang tempoh tersebut, dia tidak melihat 'sisi gelap' suaminya selain mengetahui status pekerjaan yang biasa.

Saya ada kawan taik dadah, dari mula sekolah dia ambil sampai umur 50 tahun. Puas pujuk dan bagi sokongan, jawapannya dia tidak berubah.

WARGA MAYA

"Perkenalan kami singkat, saya buat keputusan untuk kahwin dengan dia... kami ikat pertunangan dalam setahun tapi dalam tempoh ni dia nampak baik sahaja.

"Mungkin ini khilaf saya, kononnya tak mahu bercinta sebelum berkahwin dan tak selidik betul-betul bakal suami.

"Mulanya saya fikir tak apa dia kerja biasa-biasa asalkan tak curang sebab saya ada kerjaya sehingga ramai yang pertikai. Ketentuan Ilahi kami selamat diijabkabulkan," ujarnya lagi.

Buntu dengan situasi yang dialami itu, dia meluahkan senario yang berlaku di laman Facebook dan memohon pandangan warga maya.

Warga maya tampil memberikan nasihat dan pandangan masing-masing.

Warga maya tampil memberikan nasihat dan pandangan masing-masing.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan ketagihan dadah sukar dihentikan meskipun individu tersebut telah berulang kali masuk pusat pemulihan.

Tidak kurang juga yang memberi peringatan tentang sikap penagih dadah yang tidak boleh menguruskan kewangan dengan baik.

"Kalau penagih jangan bagi handle duit. Serius! Macam-macam jadi berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan keliling... bisnes ke mana, duit pun entah ke mana nanti.

"Saya ada kawan taik dadah, dari mula sekolah dia ambil sampai umur 50 tahun. Puas pujuk dan bagi sokongan, jawapannya dia tidak berubah... sekarang dalam penjara dan asyik keluar masuk.

"Jangan bebankan atau menjerat diri buat loan untuk suami... berwaspadalah dan sebolehnya elakkan dari mengandung. Jika tiada jodoh, senang tak ada anak dengan si dia.

"Perkataan berubah ni bukan sekelip mata. Ia makan masa untuk berubah dan risiko memang tinggi, kalau bab duit ni puan kena ingat orang nak pinjam ramai tapi apabila nak bayar pemiutang jadi peminta sedekah," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain